Mar 112012
 

Oh aku baru tau drama Dingin Lavenda dah tamat. Dan Slot Zehra TV3 diteruskan dengan drama Bunga-Bunga Syurga. Dah pun mula bersiaran pada 9 Mac 2012 dan akan disiarkan setiap Jumaat malam.

 

 

pelakon sinopsis bunga bunga syurga slot zehra tv3

 

 

Boleh tahan hebat gak barisan pelakon dalam cerita ni. Antara pelakon-pelakon Bunga-Bunga Syurga ni adalah: 

  • Johan As’ari
  • Wawa Zainal
  • Hilal Azman
  • Rozita Che Wan
  • Bea Rameshan
  • Eyka Farhana
  • Eira Hazali
  • Daniel Hakim
  • Dato’ Eizlan Yusof dan ramai lagi…

 

 

Dan berikut adalah sinopsis drama ini:

Drama ini mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu.

Bapa saudara mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang berlebihan.

 

Saksikan kesudahannya setiap Jumaat jam 9 malam di TV3!

 

LIHAT JUGA:  (Video) Tonton Edisi Khas 2011 TV3 Musim Pertama

 

Dan berikut adalah video iklan promo untuk cerita ni:


 

 

Semoga terhibur!

(Visited 94 times, 1 visits today)

Comments

  1. fasz says:

    tak layan pon cite ni, tp nampak mcm best je….dah brapa epi ek…nk layan kat tonton kalay baru lg

  2. setcast says:

    jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah


LIKE KAMI DI FACEBOOK