Mar 172012
 

Perghh rugi camtu je bila sebuah Ferrari ni terbakar berhampiran Mantin, Negeri Sembilan. Tak silap aku dah banyak kes kereta jenama ni di terbakar di seluruh dunia.

 

 

gambar ferrari terbakar seremban negeri sembilan malaysia

 

gambar ferrari terbakar seremban negeri sembilan malaysiagambar ferrari terbakar mantin negeri sembilan

 

SEREMBAN – Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi ini.

 

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

 

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

 

Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.

 

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Kejadian Pelancong China Diculik Penjenayah Di Sabah

 

Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit.

 

“Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.- Bernama

 

[ Berita via Sinar Harian ]

 

 

(Visited 59 times, 1 visits today)

Comments

  1. Cik Myra says:

    Kereta akuuu!!! Ni nak cepat2 claim insurans nih! =p

  2. […] 3 Sebab Utama Kenapa Kenderaan Mudah Terbakar! Semalam ada kes kenderaan mewah iaitu Ferrari terbakar. Belum dapat dipastikan lagi apa […]

  3. azizi says:

    barulah ghost rider!

  4. akubiomed says:

    Boleh tuntut insuran kot?


LIKE KAMI DI FACEBOOK