Mar 232012
 

Sebenarnya, serangga Tomcat ni famous sejak beberapa orang dilaporkan terkorban akibat terkena serangga tersebut di Surabaya Indonesia bulan Mac ni.
 
Kita di sini pun apa salahnya berwaspada dan ambil tahu tentang haiwan yang menyebabkan penyakit kulit yang serius ni.

 

gambar serangga tomcat bahaya kesan kulit manusia herpes nanah

 

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

 

Serangga Tomcat tidak akan menggigit jika bersentuhan tetapi akan mengeluarkan cairan beracun dan mungkin akan terkena kepada benda-benda lain seperti baju, tuala, atau benda-benda lainnya yang bahaya untuk kulit manusia.

 

Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai ‘Pederin’ (C24 H43 O9 N) ditemukan pada tahun 1953.

 

Racun ini 12 kali lebih kuat daripada bisa ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.

LIHAT JUGA:  (Fakta) 8 Lapangan Terbang Paling Bahaya Di Dunia

 

Nasihat kepada penduduk yang dijangkiti:
Kurangkan penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, karena kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus

 

Hindarkan diri dari duduk berdekatan cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya ia pergi. Jika bersentuhan dengan  cepat-cepatlah basuh pada bahagian yang terkena dengan sabun dan air bersih. (Sumber : pak hIdali)

 

Kumbang ini kelihatan seperti kala jengking tetapi kecil dan panjang serta mempunyai warna merah berbelang hitam.. Jika terkena cairan beracun tersebut, kemungkinan akan terjadinya ruam, herpes merah dan tengahnya bernanah dengan diameter 2cm dan akan terus membesar jika tidak diubati.

 
gambar serangga tomcat bahaya kesan kulit manusia herpes nanah
 
Harap disebarkan agar pencegahan serta rawatan awal dapat diberikan jika terkena kesan serangga ini. Semoga bermanfaat!

(Visited 656 times, 1 visits today)

Comments

  1. ai nelang says:

    en charlie memang berbahaya….

    err…nasihat kepada penduduk yg dijangkiti?? atau cara menghindari dari dijangkiti??

    hope not offending anyone

  2. kyuubi says:

    woo bahaya pulak binatang kecik ni. kecil kecil cili api

  3. akubiomed says:

    Warnanya yang terang mengambarkan ia adalah serangga berbisa. Akut juga kesan melepuh pada kulit akibat terkena cairan bisa.

  4. Cikgu Hairul says:

    Serangga ni pada asalnya tak boleh mendatangkan apa2 mudarat. Tapi, apabila ia sudah transform atas beberapa sebab ia menjadi serangga berbisa. Antara sebabnya ialah ada ladang sawit dan sawah padi berdekatan. Racun kedua-dua tempat ini menyebabkan serangga ini berubah sifat. Anak saudara saya di Kedah pernah kena penyakit serangga ni. Doctor kata cam tu la. Saya sekadar sharekan je.


LIKE KAMI DI FACEBOOK