Mar 162012
 

Apa? Akhirnya kerajaan bersetuju dengan cadangan cukai perkhidmatan prabayar telefon 6% bermula 1 Julai 2012 ni. Adoiii… Agak kurang sedap untuk didengar.

 

cukai perkhidmatan prabayar telefon maxis celcom digi

 

 

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar, kata HLIB Research.

 

“Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai,” kata firma penyelidikan itu.

 

“Selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang,” katanya yang mengekalkan penarafan neutral pada sektor telekomunikasi.

 

Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia menjangkakan DiGi akan memperoleh manfaat terbesar jika cakap-cakap ini menjadi kenyataan dengan mengambil kira kedudukan tertinggi (86.6 peratus) pengguna prabayar daripada keseluruhan pelanggan, berbanding Maxis (74 peratus) dan Celcom (77.2 peratus).

LIHAT JUGA:  (Biodata) Dyana Sofya Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan

 

Berdasarkan anggaran itu, DiGi, Maxis dan Celcom akan memperoleh kenaikan pendapatan, masing-masing sebanyak enam peratus, empat peratus dan dua peratus, dengan syarat status qou saingan dan penggunaan, kekal.

 

_ _ _ _ __ _ _ __ _ _ _

 

Anda setuju ke dengan cukai perkhidmatan 6% ni? Kalau beli topap RM10, dapat credit RM9.40 je la.. ataupun beli topap RM10 tapi kena bayar RM10.60.

 

P/s: Aku tak terasa sangat sebab takde makwe nak calling-calling ni. keh keh keh…

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Nampaknya cukai prepaid bakal dilaksanakan.

  2. hafizaiman95 @ fizs says:

    bagi aku pulak, aku tak kisah sangat sebab lepas SPM aku nak pakai bil. kalau pakai prepaid ni susah bila ada emergency.

    tapi bagus jugak kenaikan cukai ni. cukai ni dapat mengelakkn remaja macam kita ni terjebak dengan cinta sms yang tak menguntungkan tu kan kan??

  3. Cik Myra says:

    Amboi, lepas ini aku nak pakai telefon awam balik lah.


LIKE KAMI DI FACEBOOK