Mar 142012
 

(Artikel) Dirang | Syurga Buat Ibu bapa Kehilangan Anak

 

Terharu. Walaupun Malaysia dikejutkan dengan kekejaman terhadap adik Dirang @ Nur Nadhirah. Tapi ada seorang hamba Allah ni melihat dari perspektif yang berbeza. Siapa lagi tak lain tak bukan Syabab Musafir Kasih!

 

nur nadhirah dirang Syabab Musafir Kasih

 

Aku yang membaca pun tersentuh dengan ayat beliau.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

 

Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan (rujuk kitab untuk matan penuh, ni sudah diringkas), salah satu yang dikatakan Rasulullah SAW kepada kaum wanita adalah, “Tidak ada salah seorang wanita di antara anda semua yang tiga anaknya meninggal dunia, melainkan anak itu akan menjadi penghalang antara dirinya dan neraka.”

 

Seorang wanita berkata, “Dua orang anak juga?” Rasulullah SAW menjawab, “Ya, dua orang anak juga.” (HR Bukhari & Muslim)

 

Dalam riwayat yang lain, Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang memiliki dua anak kecil yang meninggal terlebih dahulu, maka ia akan masuk syurga dengan keduanya.” Aisyah bertanya, “Demi ayahku, bagaimanakah hukumnya jika ia hanya memiliki satu anak kecil? (Apakah ia juga akan mendapatkan pahala sedemikian)?”

LIHAT JUGA:  (Kisah) Gadis Bosan Di Facebook & Pengkomen Misteri

 

Rasulullah SAW menjawab, “Begitu juga yang memiliki satu anak kecil. Wanita yang diberi taufik dalam kebajikan.” Aisyah bertanya lagi, “Bagaimana dengan yang tidak memiliki satu pun anak kecil?” Rasulullah SAW menjawab, “Aku seperti anak kecil yang meninggal dunia dan memberikan syafaat kepada umatku yang tidak ditimpa musibah seperti diriku.” (HR Al-Tirmidhi)

 

—-
Takziah buat semua keluarga yang kehilangan anak-anak kecil. Dari kes2 menyayat hati Nurin Jazlin hinggalah ke arwah Dirang. Tahniah, anak-anak anda menanti di Syurga. Sabarlah. Syurga jua menanti orang-orang yang sabar.

 

“Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.”

 

 

[ Artikel via Syabab Musafir Kasih ]

 

_ _ _ _  _ _  _ _  _ _ _ _ _

 

Kami juga ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa Nur Nadhirah. Semoga tabah menghadapi berita yang menyedihkan ini. Dan diharap agar penjenayah yang terlibat menerima hukuman yang setimpal secepat mungkin.

(Visited 157 times, 1 visits today)

Comments

  1. fina fento says:

    Pengajaran terbesar buat semua ibu bapa..

  2. fasz says:

    al-fatihah tuk adik dirang

  3. cik wani says:

    Hikmah di sebalik musibah. :)


LIKE KAMI DI FACEBOOK