Mar 052012
 

(Artikel) Apalah Kurangnya Ayah Jika Dibandingkan Dengan Ibu

 

Agak tersentuh aku baca artikel ni. Bagi yang sudah menjadi bapa mesti dah rasa bagaimana risau dan sukarnya menjaga darah daging sendiri. Bagi yang masih mempunyai bapa, hargailah diorang selagi sempat.

 

Apa pun, jom baca artikel di bawah tentang pengorbanan seorang bapa.

 

pengorbanan seorang ayah

 

_ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

 

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

 

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian

 

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak “Kan dah cakap, jangan minum ais!”. Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau akan kesihatan kamu??

 

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

 

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

LIHAT JUGA:  (Artikel) Sejarah dan Kelebihan Hari Jumaat

 

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke kolej atau universiti untuk belajar.
Di saat kita memerlukan ini dan itu untuk keperluan kuliah kita. Ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.

 

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan. Ayah pun tersenyum bahagia..

 

Apakah kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

 

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya”.

 

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

 

 

_ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _

 

P/s: Sharelah untuk kebaikan bersama. Juga sedekahkanlah Al-Fatihah untuk para ibu bapa yang sudah kembali ke rahmatullah. Dan untuk arwah ayah aku juga. Terima kasih…

(Visited 38 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Apa pun bila sudah berjaya wajib berbakti kepada orang tua.


LIKE KAMI DI FACEBOOK