Mar 312012
 

Dah beberapa minggu aku guna facebook timeline untuk fan page fitrihadi.com. Dan hari ni automatik kesemua fan page telah bertukar kepada timeline.

 

mark zuckerberg facebook timeline

 

Apa yang bestnya layout terbaru dari facebook ni? Apa kelebihan terbaru yang ada? Jom aku nak cerita sikit…

 

1. Ada custom header. Maknanya boleh tukar dan pamerkan header kegemaran untuk menonjolkan identiti fan page masing-masing.

header faccebook timeline

 

 

2. Boleh hantar mesej kepada admin. Dengan fungsi terbaru untuk pengguna fan page ni, maka hubungan admin dan follower menjadi lebih mesra dan rapat.

 

Tapi kalau mesej dengan artis tu jangan berharap sangat dapat balasan. Diorang bukan 24 jam nganga depan PC nak jaga fan page diorang.

message facebok timeline

 

 

3. Ada ruangan mention untuk pengguna facebook yang mentionkan atau tag suatu fan page tu. Fungsi ni bagus untuk menghargai dan mempromosi follower yang mention atau tag fan page kita.

 

Dan ruangan ni gak adalah salah satu cara untuk hargai follower yang berkongsi sesuatu atau post dalam fan page kita!

mention facebook timeline

 

 

4. Ada ruangan untuk paparkan fan page lain yang menjadi favourite admin. Fungsi ni pun bagus untuk tolong sama-sama promosikan sesama fan page masing-masing.

 

Tak rugi pun kalau letak page lain sebagai favourite. Cara nak listkan page lain dalam fan page kita mudah je. Pergi page yang kita nak tu, cari button sebelah message dan klik. Pastu pilih ‘Add to My Page’s Favourites’.

favorite facebook timeline

 

 

Dan page yang difavoritekan tersebut akan muncul dalam fan page kita…

LIHAT JUGA:  (Video) Review iPad 3 | Magic & Siri Yang Sexy!

favourite facebook timeline

 

 

5. Ruangan ‘About’ yang lebih besar dan panjang. Kalau layout lama setakat 3 baris je. Tu pun boleh tulis sikit je. Kalau tulis panjang diorang akan hiddenkan separuh.

 

Tapi dengan timeline ni tak perlu risau. Dah boleh tulis panjang-panjang tanpa perlu risau separuh ayat tu di hiddenkan..

about facebook timeline

 

 

6. Boleh highlight suatu post supaya paparan menjadi lebih besar dan lebih fokus! Tekan je button STAR kat bahagian atas post tu dah jadi.

highlight facebook timeline

 

 

7. Boleh buat sticky post dan post korang akan berada di atas selama mana yang korang mahu! Tekan logo pencil untuk edit dan pilih ‘Pin to Top’ dah jadi.

sticky post top facebook time line

 

 

8. Ada admin panel. Dengan admin panel ni korang boleh tahu segala aktiviti yang berlaku kat fan page korang seperti LIKE yang baru, follower baru, mesej baru, statistik like dan unlike dan macam-macam lagi ar.

 

Rajin-rajin ler explore.

admin panel facebook timeline

 

 

9. Boleh hide, buang atau ubah posisi thumbnail untuk Photos, videos, dan widgets yang lain!

thumbnail photos videos facebook timeline

 

 

 

10. Kalau rasa tak best tu bukan sebab facebook timeline ni tak best, tapi sebab kita tak nak cuba buat facebook timeline tu jadi best. Lagipun, banyak tu function yang best.

 

Tak kira apa pun kena terima je la. Nak patah balik pun tak boleh dah. Kalau facebook tu bapak kita yang punya boleh gak nak suruh tukar layout lama. Kena slow-slow ar terima perubahan layout FB ni. Peace!!!

 

_

(Visited 142 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Nampaknya pengenalan Facebook time line tidak boleh dielakkan lagi.

  2. hafizaiman95 @ fizs says:

    timeline ni mule2 nampk serabut.. tp bile dh pndai guna, sgt interesting

  3. kyuubi says:

    aku x suka sangat timeline ni sebab mcm loading lembap sikit. Tapi mungkin internet aku x ok kot.

  4. fina fento says:

    Sejak beberapa lama saya guna timeline utk profile sendiri, untuk tidak serabutkan wall sendiri, setiap pos @ link yang saya share saya akan klik star tu. Tak la serabut sangat..skrol2 je ke bawah. Org pun tak payah juling mata tengok ke kiri ke kanan.

    Lepas dah aktifkan fanpage, terus buat yang sama jugak..

  5. azura says:

    entah saya rasa entry timeline macam tak tersusun je….mmmm kena belajar ni

  6. Amir Said says:

    x manfaatkan lagi fungsi2 baru fan page ni. custom header pun x letak lagi.


LIKE KAMI DI FACEBOOK