Feb 212012
 

Tiz Zaqyah kembali dalam satu filem terbaru bersama Aeril Zafrel dalam ‘Cinta Kura-Kura‘. Filem ini adalah terbitan KRU dan menggunakan teknik CGI bagi menghidupkan watak haiwan yang terlibat.

 

trailer sinopsis pelakon Cinta kura-kura

 

Tarikh tayangan filem Cinta Kura-Kura ni dah ditetapkan pada 1 Mac 2012. Boleh ar gi terjah untuk merehatkan minda.

 

Apa pun jom layan trailer filem ni dulu. Cekidaut! 

 

 

 

 

Dan berikut adalah sinopsis filem tersebut ni;

 

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya…

Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.

Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum

 

LIHAT JUGA:  (Video) 12 Soalan Untuk Ustaz Azhar Idrus Oleh Zizan Raja Lawak Pada Sambutan Tahun Baru 2012

Antara pelakon-pelakon dan latar suara untuk filem ni adalah;

  • Tiz Zaqyah – Nani
  • Aeril Zafrel – Adam
  • Zizan Raja Lawak – Nico (Kura-kura)
  • Shy 8 (Ucop Wilcha) – Atok (Kura-kura)
  • Fara Fauzana – Mira (Kura-kura)
  • Fizz Fairuz – Fazli
  • Bob Yusof – Amin
  • Dan ramai lagi artis yang korang boleh kenal nanti…

 

 

Semoga terhibur :)

(Visited 55 times, 1 visits today)

Comments

  1. Saha says:

    Ingatkan usop wilcha jadi hero (watak utama) tapi jadi watak atok kura-kura, ha ha ha, kesiannnn.

    1. FITRIHADI says:

      kalau usop wilch jadi hero agak-agak meletup kot filem tu hehehe


LIKE KAMI DI FACEBOOK