Feb 162012
 

First time tengok iklan Apa Celop kat TV3 rasa pelik gak sebab tak faham makna perkataan tu. Dari pemahaman aku, mungkin ianya bermaksud “aper cerita?” atau “aper kes?”…

 

Tapi tak tahu lah kot-kot ada makna lain. Biasalah bahasa mat rempit kan. Eden bukan mat rempit. hehe…

 

sinopsis pelakon apa celop slot aksi tv3

 

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama untuk slot aksi Apa Celop ini adalah: 

  • Kamal Adli
  • Wan Sharmila
  • Taiyuddin Bakar
  • Amanda Misbun
  • Ika Nabila
  • Azad Jasmin
  • dan Zed Zaidi.

 

Dan berikut adalah sedikit sinopsis drama tersebut:

 

‘Apa Celop’ akan bersiaran di Slot Aksi, TV3 menggantikan ‘Nilapura’ bermula 20 Februari ini. Ia mengisahkan tentang dua pelumba haram, Aman dan Sawi yang bercadang untuk berlumba kali terakhir bagi memenangi duit supaya dapat mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama Julia dan Munirah. Kemenangan Aman yang mengalahkan Mako, Raja Rempit dan Ketua Gangster KL turut membawa pulang Marsha sebagai habuan.

Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti.

Bawah ni ada sedikit promo Slot Aksi TV3 – Apa Celop  untuk tatapan korang!

LIHAT JUGA:  Reaksi Artis Tentang Keputusan Sepah Menjadi Juara Maharaja Lawak


 

Semoga terhibur menonton aksi diorang yang kelakar dan mencuit hati :)

 

drama aksi komedi apa celop slot aksi tv3

(Visited 66 times, 1 visits today)

Comments

  1. Dauspozi says:

    Kalau tak silap, maksud apa celop tu = Apa curlass.. :P

  2. akubiomed says:

    Jangan sampai Dewan Bahasa dan Pustaka menegur banyak sangat bahasa yang rosak digunakan. :-)

  3. Cikgu Hairul says:

    Kata-kata yang tak punya makna. Nanti jadi ikutan, rosak bahasa kita. Lepas tu cikgu pening kepala. Karangan murid merapu dan membabi buta. Langsung tak ada makna. Sapa suka?

  4. Zyand Ashand says:

    For those who want to download this drama,you all can download here..

    http://zyandashand.blogspot.com/2012/02/apa-celop-2012-tv3-aksi-mkv.html

    SHARING IS LOVING..

    1. FITRIHADI says:

      thanks for sharing :)


LIKE KAMI DI FACEBOOK