Feb 162012
 

Fitrihadi.com Kini Dikuasai Netbook Lenovo Ideapad S100!

 

Keh keh keh.. tajuk poyo siot. Tapi takpe. Aku just nak review sikit pasal netbook Lenovo Ideapad S100 baru aku ni yang mana menggantikan laptop Compaq lama yang dah berusia 5 tahun tu.

 

lenovo ideapad s100 fitrihadi

Sorry kualiti gambar kureng sikit sebab guna handphone buruk je. Hehehe..

 

Netbook Lenovo Ideapad S100 ni aku beli kat kedai komputer Stygix, Bukit Beruang, Melaka. Kedai komputer ni memang murah dan service pun terbaik. (Promote ni. Hahaha!) Dan aku beli masa hari last aku nak balik Perlis. Ada ar dalam 3 minggu lepas sebab senang aku nak update blog bila kat kampung.

 

Actually model Ideapad S100 ni adalah peganti kepada model S10-3. Dan aku pilih jenama Lenovo sebab brand ni adalah jenama yang paling mantap kebelakangan ni dari segi kualiti dan prestasi. Lagipun Lenovo ni kan dulunya jenama IBM. So kira otai komputer ar.

 

Ada 3 warna yang ditawarkan untuk netbook ni iaitu hitam, biru dan merah. Dan ada edisi istimewa warna putih corak bunga. Boleh tengok gambar bawah ni.

 

gambar lenovo ideapad s100 review

 

Harga:

Ada dua versi untuk netbook ni. Yang pertama dilengkapi hard disk 500GB dan yang kedua dilengkapi hard disk 320GB. Dan harganya adalah: 

  • untuk 500GB: RM999
  • untuk 320GB: RM799

 

So, sebab aku nak guna hanya untuk update blog, aku ambik yang hard disk 320GB je. Tak perlu nak banyak ruang hard disk sebab aku dah ada PC. Netbook ni untuk travel je.

 

 

Spesifikasi:

Well, apa yang aku boleh katakan, netbook ni best dari segi kelajuan!

 

Dengan cip processor terbaru Intel Atom N570 1.67GHz atau nama lainnya Intel Atom Dual-Core, membuatkan pengalaman bekerja menjadi lebih laju dan lancar.

 

RAM pulak cukup-cukup 2GB memang membantu dalam pemprosesan kerja-kerja menjadi lebih cepat. RAM memang tak boleh tambah. Ada satu slot je. Tapi RAM 2GB tu dah lebih dari cukup dah. Kira ok ar tu.

 

lenovo ideapad s100 skin

 

Selain tu, netbook ni di lengkapi Windows 7 Starter. Kalau rasa tak cukup power, boleh ar install sendiri Windows 7 Ultimate. Tapi aku tanak buat camtu lagi sebab tanak hilang waranti. Hehe…

.

Tempoh bateri lebih kurang 5 jam. Aku guna memang sampai 5 jam. Kalau tak buka sound, dan kurangkan brightness serta tak buka aplikasi yang tak digunakan, boleh bertahan lebih dari tu. Setakat surf internet tu no hal je. Tapi kalau nak tengok movie tu agak-agak ar.

 

 

Berat dan saiz:

Lagi satu yang bestnya pakai netbook, of courselah ringan. Berat netbook ni dalam 1.1kg je. Senang aku nak usung ke hulu hilir. Macam tak bawak apa-apa je.

 

review lenovo ideapad s100

 

Dan saiz pun kecik. Senang kata saiz screen dia cuma 10.1 inci. Kalau tengok video HD, memang akan penuh satu screen tu. Dan senang aku nak sumbat dalam beg. Saiz dia lebih kurang macam majalah Nur yang kecik tu. Tapi panjang sikit sebab nak muat kan screen dia dengan format HD widescreen.

 

 

Fungsi ekstra:

Ada satu fungsi ekstra yang aku suka dalam netbook ni iaitu Quick Start. Button QS tu ada di bahagian sisi screen netbook ni. Bila tekan button ni, netbook akan terus ON dalam beberapa saat tanpa masuk ke Windows.

 

Lebih cepat dan laju dari biasa. Mana tau kot-kot ada berita panas yang korang nak update kat blog boleh ON terus guna Quick Start. Hehehe…

LIHAT JUGA:  (Link) Borang Kematian Untuk Pengguna Facebook!

 

lenovo ideapad s100 QS quick start button

 

 

Dalam mode QS tu korang boleh browse internet, buka word document, boleh tengok foto, dengar lagu dan boleh tengok kalendar. Semuanya tanpa menggunakan Windows. For sure lebih laju dan cepat.

 

 

Keselesaan:

Bab selesa korang jangan risau. Walaupun benda ni netbook, tapi untuk blogger dan pakcik office yang suka menaip memang terbaik ar.

 

Dilengkapi dengan keyboard ala-ala Apple atau dalam istilah diorang: Accutype Keyboard yang mana ada ruang antara setiap button di keyboard membuatkan kerja-kerja menaip lebih pantas dan selesa.

 

gambar lenovo ideapad accutype keyboard

 

Cuma bagi aku, button Fn tu tiba-tiba ada kat bahagian hujung sekali. Selalunya button Ctrl yang ada kat bahagian hujung sekali atas keyboard. Agak awkward gak awal-awal guna. But now, aku dah biasa dah. Dulu tersasul nak tekan Ctrl pergi tekan button Fn plak.

 

Lagi satu isu adalah tentang touchpad dia. Cuba tengok reka bentuk touchpad kat gambar atas tu.

 

Disebabkan pereka nak kecilkan saiz dan jimatkan ruang, maka diorang gabungkan button mouse tu ke dalam touchpad. Agak awkward gak kalau nak drag sambil tekan sebab dia bersambung dengan touchpad. Kecik lak tu dia punya area. Memang kurang selesa ar.

 

So, penyelesaiannya aku beli mouse lain untuk netbook ni. Lagi selesa working guna mouse dari guna touchpad netbook ni. Takpe hal kecik je tu. Yang penting netbook ni laju dan murah. keh keh keh…

 

 

Lain-lain:

 

gambar netbook lenovo ideapad s100

 

Lenovo ni bijak sebab wujudkan ruang udara di bawah netbook ni. Kalau korang tengok gambar atas ni, memang ada ruang peralihan udara untuk sejukkan netbook. ni. So takdelah terjadi kepanasan melampau sampai buatkan laptop jadi slow dan ‘hang’.

 

Antara benda lain yang perlu korang tahu pasal laptop ni adalah:

  • ada 3 USB port. 1 di sebelah kiri dan 2 di sebelah kanan.
  • ada 1 ethernet port untuk LAN cable
  • ada 1 VGA port untuk external display
  • ada 1 port audio untuk earphone/microphone.
  • Wi-fi of course lah wajib ada
  • bluetooth pun for sure ada
  • front webcam pun ada dan yang bestnya dia punya resolusi boleh sampai hingga 720p HD. Kalau nak ber-webcam suami isteri memang puas ar sebab boleh teropong jerawat masing-masing. Hahaha…

 

 

Oh kalau beli netbook ni, korang akan dapat satu sarung khas dari Lenovo macam kat bawah ni. Terbaik! Tapi kalau tak dapat tu tak dapek eden nak nolongnya..

 

lenovo ideapad s100 bag case

 

 

Dan akhir sekali, untuk imaginasi dan penerangan yang jelas boleh tengok video di bawah. Sure best!

.

 

 

 

Nasihat aku, laptop atau notebook ni tak sesuai biar panas-panas. Dan elakkan letak atas tilam atau bantal sebab nanti banyak habuk masuk ke dalam cip processor dan menyebabkan kepanasan melampau. Ada kes tu letak laptop atas tilam last-last terbakar rumah.

 

Dan selalunya cip yang panas akan menyebabkan kerja-kerja menjadi slow dan kadang-kadang laptop jadi ‘hang’.

 

Sebab tu aku suggest korang guna cooling pad kalau nak laptop atau netbook tu tahan lama. Aku guna Compaq tu sampai 5 tahun sebab aku selalu letak cooling pad masa guna. So bila sejuk, takde lah cepat rosak.

 

Aku harap review Mini Notebook Lenovo Ideapad S100 ni bermanfaat buat korang yang nak cari netbook baru tu. Peace!

(Visited 107 times, 1 visits today)

Comments

  1. fina fento says:

    Hari tu sebelum dapatkan Dell ni memang dah aim Lenovo lepas buat survey. Tapi tanya budak IT kat pejabat dia cakap tak payah beli. Tak tahu kenapa. Tapi serius lah berkenan dengan netbook nii..

  2. topo says:

    wuish murahnya memang harga standard netbook sekarang macam ni ek..

  3. akubiomed says:

    Saya sendiri dibekalkan oleh majikan laptop Lenovo memang berpuas hati dengan prestasinya serta lasak. Cuma bateri perlu ori kalau guna cap ayam nanti ada error.

  4. zik says:

    murah2 tuh.. nak angkat jugakla… huhu..

  5. hazirah says:

    photoshop apa yang sesuai untuk lenovo nie.
    lenovo saya s10-3.

    1. FITRIHADI says:

      Saya berani install CS3 je kat netbook tu. kalau atas dari tu maybe berat kot.. PC saya pun sama guna CS3 je..lagipun saya buat editing biasa2 je. tak guna sangat untuk kerja berat2 atau edit gambar besar2.. hehe

  6. mujib says:

    mmg target nak beli laptop tp apakan daya workload mmg menyebabkan xleh beli laptop semua gambar reso beso gajah kene edit huhuhu

  7. emy says:

    mmg senang nak bwk ke mana2 pn. so far rasa sonok je pkai lenovo ni ;)
    nk share eh. tq


LIKE KAMI DI FACEBOOK