Feb 202012
 

Terkejut apabila mendengar berita bahawa pelakon dan penyanyi Latiff Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 5.50 petang hari ini. Beliau dipercayai menghidap kencing manis dan sakit paru-paru.

 

gambar latiff ibrahim meninggal al fatihah

 

Jenazah beliau akan dibawa ke Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk urusan pengkebumian.

 

Latiff Ibrahim adalah penyanyi era 70-an yang terkenal dengan lakonannya yang serius dan mendalam. Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah…

 

[Sumber via mynewshub ]

(Visited 94 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Poster) Amir Raja Lawak Dapat Tawaran Jadi SuperHero Di Hollywood?

Comments

  1. oktant says:

    Takziah buat seluruh keluarga arwah Latiff Ibrahim.
    Al-Fatihah…

  2. mat ina says:

    upk takziah


LIKE KAMI DI FACEBOOK