Feb 152012
 

Terkejut gak bila baca kisah seram tentang kenapa Penjara pudu ditutup dan dirobohkan yang sebenarnya.

 

 

kisah seram kenapa penjara pudu ditutup diroboh

 

Walaupun kisah seram tentang sebab penjara pudu ini ditutup dan dirobohkan agak panjang tapi agak berbaloi untuk dibaca ramai-ramai agar menjadi pedoman setiap orang.

 

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ __ _ _ _ __

 

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang-orang
tertentu sahaja…

 

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

 

Dinamakan “BILIK TERAKHIR ” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

 

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

 

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

 

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

 

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

 

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

 

Beliau cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang warden itu mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.

 

Dia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu warden itu beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

 

Alangkah terperanjatnya warden itu selepas mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah dia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.

 

Apabila sampai ke dalam gua tersebut sekali lagi warden itu bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

 

“Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa. Mannnnnnnnnnnnn belon yang punyaaaaaa”

 

“Ha Ha Ha Ha Ha! Yaaaaaaa, mannnnnnnnnnn belon yang punyaaaaaa … ”

 

_ _ _ _ _ _ _ __ _ _ __ _ __

 

Tahniah sebab membaca dengan tekunnya. Jangan marah~ hehehe

 

***Ni copy dari FB. Best gak baca ramai-ramai :)

Comments

  1. erin95 says:

    tolongla..abeh fokus da bcw..x bek btol

  2. sengal but suspent je…. :@

  3. sebaik scroll smpai last dulu. hahah

  4. safwan says:

    ape arghh ye ye seronok bce last 2 wat aq bengang je ..hahahahaha …

  5. Gloria says:

    WAT SUSPENT JE

  6. nora says:

    sengal la…..
    terkena…..
    hahaha

  7. syieyra says:

    sengal……
    eeeeee….
    gerammm nyer ime bace yg last tu..

  8. Bulu roma baru nak tegak..last2 tak jadi..huhu.. ^__^

    Menjana Pendapatan Dengan Rumah Lelong

  9. Emylia says:

    Giler! Terkena siot! Baru nk feeling..

  10. The devilz says:

    Macikne lontre…….!!!
    Banyak tipu la……..
    IQ TAK ADA KA…….???

  11. nur aisyah says:

    eee lawak sgt bodoh buat org suspen je

    1. charo says:

      jgn sampai aku jumpa ko…….ko tahula kesudahan cete ye nanti….heheheheh

  12. Myl says:

    Eh, korang boleh fikir laa . logik ke pintu tiba-tiba tukar jadi gua laa, ada harta karun laa . Daripada situ, korang dah boleh tau cerita ni just main-main jee . Oh.. my god. -.-

  13. Gohan says:

    Cehh ntah apa-apa je