Feb 082012
 

Tahniah diucapkan kepada Ana Raffali yang kini bertudung. Satu hijrah ke arah kebaikan yang patut dicontohi semua artis dan wanita Islam khususnya.

 

Nampak manis je. Hehe :)

 

gambar ana raffali manis bertudung hijrah

 

 

gambar ana raffali bertudung

 

“Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan… Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung,” kongsi Ana Raffali dengan wartawan GUA sebentar tadi mengenai keputusannya untuk bertudung.

 

“Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. ‘It felt right.’ Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata ‘Alhamdullilah’.

 

Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya.

 

“Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah.

LIHAT JUGA:  (Video) Himpunan Lakonan Sofi Jikan Yang Terbaik Dan Mantop

 

“Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna.”

 

[ Story via gua.com.my ]

 

Semoga lebih ramai artis dapat berhijrah dan bertudung seperti Ana Raffali :)

(Visited 28 times, 1 visits today)

Comments

  1. sweet says:

    cantik.. manis.. malatop..

  2. akubiomed says:

    Macam gadis arab pun ada. :-)

  3. shoutvoc says:

    wow wee manis berkrim si ana nih.. Tolong ingtkan aku sudah berbini


LIKE KAMI DI FACEBOOK