Feb 142012
 

Adoi ada lagi rakyat Malaysia kena tipu. Kali ni seorang lelaki telah membeli iPhone 4S secara online di laman web sebuah syarikat dan akhirnya dapat berus cat, iPhone mainan dan komik cina.

 

Kalau hari tu beli laptop Dell, tapi mungkin kena songlap time hantar, dapat batu lak. Apa nak jadi dengan Malaysia ni? Mencemarkan nama baik perniagaan online je. Adoi. Berjaga-jagalah lepas ni kalau nak beli secara online…

 

beli iphone 4s dapat berus cat komik cina

 

JOHOR BAHRU: “Saya terkejut selepas membuka kotak dikirim apabila mendapati ia hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman,” kata Faizal Hussin, 41, dari Taman Impian Jaya di sini, semalam. 

 

Faizal yang juga pengurus sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini berkata, dia kerugian RM1,750 selepas diperdaya sindiket penjualan telefon bimbit terbabit yang beroperasi menerusi laman web.

 

Mengimbau kejadian, Faizal berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu, dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400.

 

“Saya menghubungi nombor tertera untuk membuat pertanyaan berkaitan telefon bimbit berkenaan sebelum diminta memasukkan bayaran ke akaun bank tertera nama Yow Wei Xian.

 

“Telefon bimbit berkenaan pula dijanjikan dalam tempoh dua hari menerusi Poslaju. Kiriman itu tiba dua hari kemudian iaitu pada 5 Januari lalu, namun saya terkejut mendapati ia hanya berus cat terpakai, komik serta telefon mainan,” katanya.

LIHAT JUGA:  (Berita) Gadis UITM Mati Dikelar Dalam Kereta

 

Faizal mendedahkan perkara itu pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

 

Menyambung keterangannya, Faizal berkata, dia berusaha mengesan alamat syarikat terbabit berdasarkan nombor akaun bank penerima bayaran berkenaan iaitu di Muar.

 

“Saya ke premis itu dan mendapati ia rumah yang disewa beberapa lelaki Melayu.

 

“Pada 10 Januari lalu, saya terkejut apabila membaca laporan Harian Metro yang mendedahkan seorang bekas pegawai bank menerima lesung batu selepas membayar RM3,250 untuk membeli tiga unit telefon pintar daripada syarikat sama,” katanya.

 

Faizal memfailkan tuntutan berkenaan kepada TTPM dengan harapan mendapat pembelaan sewajarnya dan menamakan Jay One Communication and Services dan penama akaun, Yow dalam tuntutannya bagi mendapatkan ganti rugi berikutan penipuan itu.

 

Presiden TTPM, Maznah Haron kemudian memerintahkan penentang kedua iaitu Yow selaku pemegang akaun yang menerima wang pembelian telefon bimbit terbabit mengembalikan RM1,750 kepada mangsa dalam tempoh 14 hari.

 

Tuntutan yang difailkan terhadap Jay One Communication and Services pula dibatalkan. Ketika prosiding, Jay One Communication and Services dan Yow tidak hadir untuk mengemukakan hujah bagi mengetepikan tuntutan difailkan terhadap mereka.

 

Maznah turut menasihatkan Faizal supaya membuat laporan polis berkaitan kes itu selain lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan barangan yang ditawarkan pada harga murah terutama ketika berurusan menerusi Internet

 

_ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _

 

P/s: Nak selamar lebih baik COD je. Jumpa, tengok barang dan bayar. Kalau order pastu tunggu barang sampai risiko kena tipu tu berkali-kali ganda jadinya.

(Visited 43 times, 1 visits today)

Comments

  1. Man says:

    Bro, tlg sebarkan kpd semua, BERHATI-HATI bila nk beli online drp online store beralamat dari johor. Kebanyakkannya penipu. Gua sendiri dah 2x kena. Beli Ray Ban retak. Beli earphone rosak….

  2. akubiomed says:

    Sepatut didedahkan nama portal yang menawarkan penjulan palsu. Walau mereka ini licik boleh menukar nama domain.

  3. zool says:

    sedikit sebanyak merosakkan reputasi peniaga online lain yang jujur..

  4. Epoi Lan says:

    Kesian

  5. Dah 2 hari saya cari maklumat tentang nie… nasib baik jumpa blog awak…
    thanks.. info nie banyak bantu saya.


LIKE KAMI DI FACEBOOK