Feb 292012
 

Betul ke fakta operasi kilang Lynas di Malaysia ni? Betul ke akan terjadi peningkatan kadar radiasi serta asid di kawasan sekitar? Betul ke hujan radioaktif akan turun jika kilang tersebut didirikan?

 

fakta operasi kilang lynas malaysia

 

Jadi, aku ingin kongsi sikit tentang fakta operasi kilang Lynas Malaysia yang aku baca baru-baru ni.

 

_ _ _ _ _ _  _ _ _ _  _ _ _

 

1.       Menyebabkan hujan radioaktif

Hujan radioaktif hanya akan berlaku jika pelepasan radionuklid  yang berkepekatan tinggi di udara, sedangkan ini tidak akan berlaku dalam operasi ini kerana Penafsiran Impak Radiasi untuk senario terburuk pun menganggarkan pelepasan sebanyak 0.002mSv/tahun iaitu 500 kali ganda lebih kurang daripada Had Dos Maksimum yang dibenarkan kepada orang awam oleh AELB.   Ini dalam scenario terburuk, dalam senario terburuk, dalam keadaan biasa ia jauh lebih rendah dari itu.

 

2.       Menghasilkan asid yang boleh mencemarkan tanah

Semua proses berkaitan dengan asid dilakukan di atas struktur konkrit yang boleh membendung tumpahan asid jauh dari tanah.

 

3.       Tidak ada kajian radiasi dalaman dilakukan oleh Lynas

Fakta ini juga tidak betul kerana Penafsiran Impak Radiasi disediakan mengikut semua keperluan undang-undang Malaysia dan standard IAEA.  Penafsiran Impak Radiasi adalah satu penilaian risiko terhadap kumpulan sasaran (pekerja dan orang awam) yang telah mengambil kira semua kemungkinan tentang cara atau laluan pendedahan..

 

4.       Menyebabkan kanser dan kecacatan kepada bayi baru lahir

Pada penulis, dalam banyak-banyak pembohongan, yang ini adalah yang paling jahat sekali.  Unjuran Kementerian Kesihatan pada 2007 menunjukkan kes kanser adalah sebanyak 720 kes bagi setiap juta penduduk.  Walaupun tanpa operasi ini, anggaran kanser dan radiasi latar belakang tapak operasi ini dibina ialah sebanyak 35 kes per juta penduduk.  Manakala apabila kilang Lynas beroperasi, anggaran kanser kepada orang ramai disebabkan operasi Lynas hanyalah 0.1 kes perjuta orang (Penafsiran Impak Radiasi) {daripada 0.002 mSv/year}

 

5.       Radon dan Thoron dari kilang boleh bertebaran sejauh beribu-ribu batu dan menyebabkan masalah kesihatan

Sekali lagi, satu pembohongan berniat jahat kerana hasil kajian menunjukkan kadar pendedahan di kawasan pagar Lynas  bagi kedua bahan tersebut adalah jauh lebih kurang dari standard yang ditetapkan AELB (rodon = 0.00002 mSv setahun, thoron = 0.002 mSv/setahun).  Lagipun rodon dan thoron punya jangka hayat yang pendek  dan tidak akan bergerak jauh.  Ini bermakna apabila radionuklid terbentuk ia akan segera berubah menjadi pepejal dan tidak akan tersebar jauh dari kilang.

 

6.       Tiada Tahap radioaktif selamat

Dakwaan ini juga salah.  Radiasi ada dimana-mana (waima menonton television dan menggunakan telefon bimbit).  Beberapa kawasan di Malaysia mempunyai purata paras radiasi lebih tinggi daripada purata radiasi dihasilkan oleh Lynas tapi tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan kepada penduduk.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Kesan Buruk Memakai Fake Braces Yang Agak Ngeri

 

7.       Tidak membawa sebarang manfaat kepada Malaysia dan Kuantan

Penulis ketawa membaca dakyah palsu yang ini.  Logiknya mana mungkin pelaburan berbilion ringgit tidak membawa menafaat kepada penduduk dan kawasan terlibat?  Untuk pembinaan saja, semua kontraktor yang digunakan adalah kontraktor tempatan dan bila siap, kilang ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada ribuan orang penduduk sekitar Kuantan.

 

8.       Sisa Lynas disimpan secara kekal di tapak kilang

Sisa atau residue ini tidak akan disimpan di tapak kilang walaupun kemudahan simpanan sisa (RSF) telah direkabentuk untuk penyimpanan kekal.  Malaysia sudah mempunyai keupayaan untuk melupuskan sisa merbahaya industri ini sejak 1995 lagi melalui sebuah anak syarikat Kumpulan UEM di Negeri Sembilan.

 

9.       Menghasilkan 32,000 tan sisa setahun dengan kadar thorium sebanyak 0.165% setahun.

Fakta ini jelas mengelirukan seolahnya Lynas menghasilkan 50 tan thorium setahun.  Hakikatnya mereka tidak sama sekali mengekstrak thorium mahupun memekatkannya. Walaupun jumlah residue adalah besar, kepekatan thorium tetap sama kerana mereka tidak memekatkan bahan tersebut.

 

10.   Standard China digunakan untuk mengisytiharkan sisa sebagai bahan radioaktif

Ini juga satu pembohongan kerana salah satu sebab produk nadir bumi China menghadapi kesukaran menembusi pasaran EU ialah kerana standard yang diguna pakai tidak memenuhi standard antarabangsa.  Kilang Lynas di Malaysia menggunakan standard Malaysia yang jauh lebih ketat daripada standard ditetapkan oleh badan antarabangsa seperti IAEA.

 

11.   Mengikut undang-undang Australia, sisa perlu dikembalikan ke lombong

Undang-undang seperti ini tiada di Australia kerana undang-undang negara tersebut hanya menghendaki sisa disimpan di tempat simpanan selamat  yang dibina mengikut undang-undang Australia, bukan dikembalikan ke lombong seperti mana dakwaan pembangkang di Malaysia.

 

Ini adalah sedikit sebanyak penerangan mengenai pembohongan pembangkang dan kumpulan penentang berhubung pengoperasian kilang Lynas di Malaysia.  Isu yang dimainkan jelas tidak layak untuk dibicarakan oleh mereka yang bukan ahli dan ini diakui sendiri oleh pakar nuklear dari PAS, YB Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

 

Kilang Lynas bukanlah sebuah kilang nuklear seperti yang ditohmahkan pembangkang, ia juga tidak sama dengan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak.

 

Semua ini adalah fakta yang tidak mampu dijawab oleh pihak pembangkang dan kumpulan penentang yang dinaungi mereka.

 

[ Fakta via Mynewshub.com.my ]

 

_ _ _ _ _ _  _ _  _ _ _ _  _ _  _ _

 

Tapi dari apa yang aku baca dari entry Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas ni, ianya memang agak berisiko tinggi dan tidak sesuai dilakukan di Malaysia. Lagipun Malaysia ni tak sebesar negara-negara lain. Kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, kesannya boleh meliputi ramai penduduk yang tinggal berdekatan.

 

That’s why ramai yang menentang projek ini.

(Visited 55 times, 1 visits today)

Comments

  1. Nath says:

    here’s a story from Aussie, just a sharing on friend’s post
    http://veyroniqa.blogspot.com/2012/02/lynas-australia-vs-malaysia.html


LIKE KAMI DI FACEBOOK