Feb 212012
 

Memang nonsense kalau korang tengok isi kandungan buku kartun pendidikan seks untuk kanak-kanak yang heboh hari ni. Ianya bertajuk “Where did I come from?”

 

Antara isi kandungannya memaparkan aksi bogel lelaki dan wanita sebelum terjadinya hubungan kelamin sehinggalah ke akhirnya. Ish ish ish.. Memang nonsense ar. Habis kotor pemikiran budak-budak kat Malaysia ni kalau dibiarkan…

 

buku seks kanak kanak where did i come from

 

KUALA LUMPUR: Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO semalam mendedahkan wujud aktiviti mengimport dan mengedar buku ilustrasi seks di beberapa kedai buku di ibu negara tanpa kebenaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan sasaran pembacanya di kalangan kanak-kanak.

 

Bertajuk Where Did I Come From, buku berharga RM39.80 senaskhah itu memaparkan ilustrasi melampau menunjukkan hubungan kelamin, selain maklumat lengkap posisi seks tertentu dilakukan pasangan lelaki dan wanita dewasa sehingga berlaku proses kehamilan serta kelahiran bayi.

 

buku seks kanak kanak where did i come from

 

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh, berkata hasil pemantauan mendapati buku setebal 44 muka surat itu diedarkan meluas di kedai buku di ibu negara tanpa pengawasan dan pemantauan pihak berkenaan, yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada keruntuhan moral golongan muda.

 

“Kehadiran buku ini di pasaran tempatan hanya disedari selepas kami menerima aduan seorang pengguna yang secara tidak sengaja membelinya untuk bacaan anaknya. Pemeriksaan lanjut mendapati kandungan buku itu, termasuk gambaran ilustrasi digunakan tidak bersesuaian untuk kanak-kanak.

LIHAT JUGA:  (Takziah) Adik Ahmad Adam Syukri Meninggal Dunia. Al-Fatihah

 

“Hasil pemeriksaan juga mendapati buku itu tidak mempunyai kebenaran pihak berkuasa, khususnya KDN, sekali gus menunjukkan ia dibawa masuk secara haram dari luar negara untuk diedarkan di Malaysia dan kita meminta siasatan segera dilakukan, sekali gus menghentikan pengedarannya,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

 

Buku Where Did I Come From dipercayai mula dicetak pada 1997, dengan lebih dua juta salinan terjual di seluruh negara sejak 15 tahun lalu.

 

Khairun berkata, lebih mengejutkan terdapat petikan dalam buku itu menceritakan terperinci hubungan seks, termasuk perasaan dialami pasangan ketika proses hubungan intim berkenaan berlaku.

 

buku seks kanak kanak where did i come from

 

“Selain buku itu, kita percaya ada buku lain berkonsep sama di pasaran tempatan kerana sepanjang tahun ini, kami menerima beberapa aduan berkaitan tetapi tidak mempunyai bukti mengaitkannya dengan mana-mana pihak,” katanya.

 

Justeru, Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO akan menghantar nota bantahan kepada Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam secepat mungkin berhubung isu itu.

(Visited 169 times, 1 visits today)

Comments


LIKE KAMI DI FACEBOOK