Jan 262012
 

Semalam Ariffshah ada bincangkan pasal isu paksa like oleh sesetengah blog yang gilakan follower di fan page.

 

Bagi aku memang tu aktiviti kurang sihat dalam dunia blogging sebab kalau blog tu boleh bertukar jadi orang, maka aku boleh katakan yang blog paksa like ni adalah seperti tentera jepun yang paksa kita minum air sabun. #justsaying

aternatif blog paksa like

Jadi, apa tips alternatif untuk tambah bilangan follower atau user supaya like fan page korang?

 

Pertama, buat macam blog aku; letak button like fan page tu dekat header! Jadi, first thing yang orang tengok adalah prestasi fan page blog korang (base on berapa ramai yang like). Kalau tak ramai tu tak payah ar letak kat header. Boleh buat cara lain macam di bawah ni!

 

Cara kedua, buatlah contest ke giveaway ke cabutan bertuah ke kat blog, pastu suruh pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang join tu like fan page korang. Macam Ariffshah cakap, tak salah pun cara ni sebab tu usaha dan modal kita.

 

Cara ketiga, keluarkan artikel yang berinformasi untuk setiap peringkat masyarakat di blog. Aku pasti kalau ada artikel atau tips atau apa-apa perkongsian di blog yang menarik dan buat orang nak baca lebih lagi, pasti diorang akan like fan page untuk blog tu. Pasti visitor tersebut akan cari button like untuk fan page korang. So untuk memudahkan orang klik like, letak je button like tu serta link ke fan page korang kat header mahupun kat side bar. (Macam aku buat jugak) :)

 

Cara ke empat, mungkin boleh letak like box kat sidebar macam aku letak dan pastikan ada stream dari update status korang tu. So visitor dari blog akan tahu korang punya fan page macam mana, ada benda best ke tak. Tak letak faces follower pun takpe. Bukannya orang nak tengok pun faces follower tu. So kalau ada benda yang menarik dari preview fan page korang kat sidebar blog, automatik diorang akan terus like. Mudah je kan.

LIHAT JUGA:  Wahai Pengguna Widgeo Counter. Sila Buka Mata Korang Di Sini!

 

alternatif fan page paksa like

 

Cara kelima,orang kata nak bina network kena bina jambatan. So promotelah fan page, entry orang lain atau jenama orang lain (jangan lupa tag page atau sesuatu brand tu). Mana tahu nanti dia akan promote fan page korang balik. Aku tahu ada di kalangan kita ni susah nak sharing. But apa salahnya mencuba. Ramai lagi yang baik hati untuk share berbanding segelintir yang kedekut nak sharing tu.

 

Cara ke enam, share artikel, notes, gambar atau video menarik di fan page korang. Kalau benda tu menarik, mesti ramai yang akan share bahan tersebut. Bila ramai yang share, of course lah ada promosi bergerak dan berkembang. Dari situ korang boleh dapat banyak follower yang akan like dengan tujuan nak dapat lebih lagi bahan menarik dari fan page korang.

 

Cara ke tujuh, pastikan fan page korang aktif. Bila aktif visitor akan tahu fan page korang ni berguna sebagai rujukan mahupun hiburan di masa lapang. Kalau tak aktif buat apa orang nak like, kan?

 

Cara ke lapan, korang boleh ajukan cadangan korang sendiri di bawah. Takda masalah punya. Sharing is caring kan.. hehe

 

 

Tapi kalau korang dah sedia famous atau #retis atau pernah masuk akhbar, majalah-majalah macam Remaja, Dara.com, atau yang sewaktu dengannya, tak perlu kot ikut tips yang aku bagi tu sebab sekali korang famous di media masa, dah macam empangan pecah bilangan user yang like fan page korang tu.  Hehe #justsaying :)

 

Harap, tips-tips alternatf yang aku bagi ni berguna untuk semua admin fan page paksa like dan yang sewaktu dengannya. Selamat berblogging!

(Visited 27 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Kalau orang sudah suka biarlah dia “like” nanti merajuk susah pula hendak pujuk. :-)

  2. klcitizen says:

    sekarang tengah isu paksa like ya… ada beberapa entri yang berlainan tentang isu ini. :) tapi tips ini memang boleh diguna pakai.

  3. bardboo says:

    ok, ada beberapa benda dalam tips kat atas ni yg saya nak cuba..thanks for shring the tips k…

  4. Wan Gerrard says:

    hmm tak salah kot kalau pembaca ada pilihan atau tak nak like..huhu

  5. imransyakir says:

    viral system pon ok jgk


LIKE KAMI DI FACEBOOK