Jan 112012
 

Mesti ramai yang ada pengalaman kena denda di sekolah yang menarik.

 

Aku ingat lagi pengalaman kena denda di sekolah dulu ni. Memang hampeh ar. Masa tu aku baru naik darjah 4. Masa pindah masuk kelas baru tu, aku awal-awal lagi dah terjah kelas tu dan terus ‘chop’ tempat kat sebelah pintu masuk. Bukan apa. Senang aku nak berambus cepat-cepat kalau loceng berbunyi time rehat atau time balik.

 

pengalaman kena denda di sekolah yang hampehTempat aku duduk dalam kelas. Tapi ini bukan aksi aku sendiri. hehe…

 

Dipendekkan cerita, ada ar sorang cikgu perempuan ni (bukan Cikgu Suraya) yang boleh kata sporting gak sebab tak pernah nak marah-marah macam cikgu lain. Satu hari tu masa kitorang kenabuat latihan kat papan hitam, aku pun ketuk ar meja macam bunyi orang ketuk pintu. Pastu, satu kelas pandang kat pintu termasuk cikgu tu. Dia pun pelik sebab takda siapa pun kat pintu. Pastu semua buat macam takde apa.

 

Sebab rasa best prank satu kelas, aku pun ketuk ar lagi meja tu untuk kali kedua. Kawan-kawan aku yang khusyuk buat latihan semua pandang kat pintu macam awal-awal tadi. Pun takde siapa-siapa kat pintu. Tiba-tiba ada pulak sorang budak ni bagitau kat cikgu.

 

“Tu Fitri yang ketuk pintu, cikgu!”

 

Hampeh punya budak. Sibuk je aku nak troll cikgu.

 

Sebagai denda, aku kena berdiri di luar kelas dan ketuk pintu sampai masa pengajaran cikgu tu habis. Hampeh betul. Jatuh saham aku bila budak perempuan lalu. Nasib baik time tu tinggal beberapa minit je lagi cikgu nak keluar. Lepas cikgu berambus pakat ramai-ramai ketawakan aku. Cehh! Tak guna punya classmates!

 

Selepas melalui pengalaman kena denda tu aku dah taubat tak mahu ketuk meja atau pintu lagi. Dan esoknya, cikgu tu masuk lagi kelas aku untuk mengajar. Senyum bukan main lagi kat aku. Senyum tak ikhlas tu. Cehh takpe takpe..

 

Then adalah satu masa tu cikgu tengah tanda latihan yang kitorang buat semalam. Tiba-tiba pintu kelas berbunyi lagi. Terus cikgu tu jerit…

 

“Amboi Fitri. Tak puas kena denda… eh eh cikgu..”

 

Sekali Penolong Kanan Sekolah yang ketuk pintu. Kah kah kah cikgu kena balik. Eden tak bersalah. Jangan marah!

LIHAT JUGA:  Mengumumkan Pemenang Contest Duit Raya Fitrihadi.com! Tahniah Korang!

 

Kalau nak ikutkan pengalaman yang aku ingat, ada gak beberapa kali aku dan kengkawan aku kena denda sebab buat salah antaranya lari keliling padang sekolah sebab kelas tak bersih. Perempuan tak kena lari pulak. Diorang kena bersihkan kelas je. Cehh.. memang diskriminasi jantina ar.

 

Lagi satu pengalaman kena denda adalah kena cubit kat perut sebab time cikgu takde aku dengan kawan aku dok sembang pasal gusti WWF siap buat gaya lagi. Tiba-tiba je Penolong Kanan Sekolah lalu dan nampak gaya kitorang gusti tu. Terus dia denda aku dengan jurus cubitan 360 darjah kat perut aku. Memang teringat sampai sekarang pengalaman kena cubit tu.

 

Selain tu, ada gak pengalaman kena denda di sekolah yang boleh tahan hampeh antaranya:

 

#Pengalaman kena denda tidur berjemaah atas padang

(bonus – tidur dalam parit)

pengalaman kena denda di sekolah yang hampeh

 

#Pengalaman kena denda baring berjemaah kat koridor

(gaya kuih lapis lebih afdal)

pengalaman kena denda di sekolah yang hampeh

 

 

Tapi di zaman sekarang ni susah nak jumpa denda yang pelik-pelik ni.  Sebab kalau cikgu marah sikit, budak-budak dah bawak mak bapak serang cikgu di sekolah. Tak pun budak tu sendiri yang serang cikgu. Adoii… Tak gentleman ar budak sekolah sekarang. Hampeh je!

 

Apa pun, tu semua pengalaman lama. Sekarang bila dah besar, ada rupa manusia gak aku ni. Tak sia-sia cikgu-cikgu sekolah aku mengajar dan bagi denda kalau aku ada salah apa-apa :)

 

Dan yang pastinya, inilah azimat cikgu untuk aku dan semua pelajar sebelum menghadapi peperiksaan. Tak kira ar di sekolah atau universiti, memang berguna!

 

pengalaman kena denda di sekolah

Pengalaman mengajar kita menjalani cabaran!

 

Guru, Sekolah, Buku – Jasamu Di Kenang!

 

P/s: Korang pulak apa pengalaman manis dan pengalaman pahit di sekolah? Mesti best kena denda. Keh keh keh…

 

Credit gambar;

 

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh AzmanismaAbrablog.com dan PanduanTNX.com

(Visited 110 times, 1 visits today)

Comments

  1. segalabenda says:

    dasyat ar bro..tapi sekarang cikgu nak cubit 45 darjah pun dah tak berani dah

  2. […] aku ada join satu blog contest iaitu Pengalaman Kena Denda di Sekolah. So dipendekkan cerita, entry Pengalaman Kena Denda di Sekolah yang aku karang ni dapat nombor dua. Boleh refer entry pengumuman pemenang kat blog earncent.com […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK