Jan 292012
 

Masya-Allah. Terkejut aku tengok gambar bayi tanpa kepala dan sebelah kaki dia ni. Masih ada lagi syaitan yang bertopengkan manusia.

 

Inilah hasilnya bila manusia tanpa segan silu buat maksiat. Dosa dan akibatnya tak fikir. Yang tau nak seronok je. Bila dah terlanjur camnilah jadinya. Nauzubillah…

 

gambar bayi tanpa kepala kaki kes buang anak

 

 

AMPANG – Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.
“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.
Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.
LIHAT JUGA:  (Video) Suami Kantoi Curang Dalam Rancangan TV
“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya
[ Berita via Sinar Harian Online ]
(Visited 66 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Sudah tidak tahu hendak kata apa-apa. Biarlah Allah menghukum mahkluk durjana.

  2. Hanie Ly says:

    Horrible.. horrible.. horrible!!

  3. PinkyLucia says:

    Yang tak de anak, siang malam berdoa pada Allah, spy dapat zuriat.. Yang ade anak, senang2 je buang. Kerat je kepala orang yang buang anak tu.. Ish! Geram betul tengok. Huhu


LIKE KAMI DI FACEBOOK