Dec 022011
 

Pepsi bercampur darah HIV?

 

pepsi coca cola ada darah virus HIV | HIV blood contaminted

“Nak minum ke tak? Eden minum kang mati lak…”

 

Pagi tadi aku dapat satu SMS dari kakak aku mengatakan air Pepsi, Coca Cola, Tropicana Twister dan sebagainya sekarang ni tercemar dengan darah pekerjanya yang mengandungi virus HIV. SMSnya berbunyi lebih kurang begini

 

4 the next few days, do not drink any prdct frm pepsi compny like Pepsi,Tropicana Juice,Slice,7up, Coca Cola,etc,as a worker frm the cmpny added his bloog cntaminatd wit HIV.watch NTV7.plz 4ward this 2 every1 u care abt.

 

Aku rasa ini lagi satu mesej berantai yang akan menyesakkan lagi storage inbox korang dan menyebabkan kredit rakyat Malaysia ditolak dua posen sebab panjang sms tu lebih dari 140 characters (eh..). Dan for sure syarikat air minuman yang tersenarai tu akan terjejas. Padahal kita pun tak tahu hujung pangkalnya.

 

Benda camni sama macam kes penyebaran email tentang kicap yang mengandungi virus HIV pada tahun 2004 dan juga kes sos tomato yang mengandungi virus HIV pada tahun 2010. Actually ini semua propaganda je. Dan kalau korang terjah dan explore website CDC ni, korang akan jumpa ayat bawah ni;

LIHAT JUGA:  (Gempar) Gadis Kongsi Gambar Tidur Dengan Abang Angkat

 

HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food

 

Jadi disini boleh aku katakan yang penyebaran sms tu adalah dusta belaka. Mungkin ada agenda yang ingin menjatuhkan keuntungan syarikat tersebut. So lepas ni harap hati-hatilah dengan sebarang penyebaran SMS. Jangan mudah percaya ye :)

 

P/s: Mungkin sms ni ada kaitan dengan hari AIDS sedunia yang berlangsung semalam (1 Disember 2011). Diorang ingat ini April Fool ke apa…

(Visited 35 times, 1 visits today)

Comments

  1. Kama Irahsa says:

    dh xde kejer kot diorg ni. nk buat kebaikan dgn cara yg slh. hehe..

  2. sweet says:

    panjang nau SMS/email nye.. dapat kat aku mmg x bace lah.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah tu ar.. sekarang tersebar mesej ni seantero asia..

  3. hanis says:

    biasa la tu..tp klau xde darah HIV pun xminum jgk huhu

    1. FITRIHADI says:

      a’ah memang jarang minum sebab tak baik untuk kesihatan.. gula sampai 9 sudu kot.. minum jarang-jarang bleh ar..

  4. fyezrahman says:

    pelik dgn manusia yg suka percaya bnd karut n surat berantai tanpa kaji dulu kesahihan sesuatu maklumat tu *sigh*

    1. FITRIHADI says:

      nak buat camna.. manusia mudah lupa.. lupa nak ambil pengajaran dari kejadian yang dulu…

  5. Izhar says:

    Fitnah tu dosa besar kan…

    1. FITRIHADI says:

      a’ah betul tu.. berantai-rantai dosa dia

  6. ainularifin says:

    ade masuk dlm berita NTV7 kot. sebelum nak bagi komen, check la sumber betul2. jgn dah kene penyakit baru nak percaye cakap org.

  7. JAGINDAS says:

    aku nak percaya pun susah. ini bukan kilang mak temah buat cencaluk, masukkan cencaluk dalam botol pakai jug. ini kilang minuman, semua sistem pakai machine. conveyor. kalau dia titis darah sekalipun, berapa byk yang dia perah dalam tangki bancuhan air tu??? logik ker?

  8. akubiomed says:

    Tak apa banyak air alternatif yang boleh diminum. Air suam bagus juga untuk kesihatan. :-)

    1. FITRIHADI says:

      betul tu.. air suam baik untuk kesihatan…

  9. Berita tu bnr g y………
    tu sumbernya darimana……….

    1. FITRIHADI says:

      post ini sumbernya dari beberapa website lain dan website CDC tu.. dan memang benar HIV tak bisa berjangkit melalui makanan..don’t worry :)

  10. Aretikz says:

    Memang benda ni sekadar HOAX pun.. Tapi xsalahkan mereka yang sebar.. sal dorang xtau kan..

  11. Miraa Hussin says:

    Ad satu yg plik ~ knape msty NTV7 je ? knape channel lain tak kne sebut ? XD wee ~

  12. hiv-guy says:

    sye sendiri pon ada hiv dan sye x risau utk hidup bersama family sye yg xde hiv….


LIKE KAMI DI FACEBOOK