Dec 092011
Malaysia akan menambah lagi satu tarikan kepada pelancong iaitu Taman Tema LegoLand Malaysia bertempat di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor.

Berikut adalah fakta menarik tentang taman tema Legoland, Malaysia tersebut;
- Taman tema tersebut akan diberi nama Legoland Malaysia
- Akan menjadi taman tema berkonsep Lego yang pertama di Asia dan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia
- Lokasi di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia
- Dimiliki dan dibangunkan oleh Merlin Entertainments
- Akan dibuka pada penghujung 2012 dan beroperasi sepanjang tahun
- Meliputi kawasan seluas 70 ekar (280,000 meter persegi)
- Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan and tarikan termasuk Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifestyle Mall dan macam-macam lagi.
- Ia akan menjadi pusat tumpuan kepada kompleks bersepadu seluas 5,500,000 kaki persegi (510,000 meter persegi) di kawasan Industri Nusa Cemerlang, antara rantau ekonomi Iskandar Malaysia, yang terdiri daripada pusat gaya hidup runcit, pejabat, hotel, pangsapuri, perkhidmatan dan unit-unit kediaman.
- Legoland Malaysia mensasarkan 1.5 juta pelawat semasa pembukaannya nanti.
- Harga tiket Legoland Malaysia: RM140 (US$44) seorang dewasa dan RM110 (US$35) seorang kanak-kanak (+ rebat RM30 untuk pemegang Mykad) atau,
- Pas masuk tahunan:
- Pas masuk Pra-pembukaan (sah untuk 12 bulan)
Dewasa: RM195
Kanak-kanak (3-11 tahun): RM150
- Pas masuk tahunan biasa (sah untuk 12 bulan)
Dewasa: RM275
Kanak-kanak (3-11 tahun): RM210
[ Info via Johor Darul Takzim Fan Page and Legoland Malaysia Website ]
P/s: This is awesome! Bila dah buka nanti nak pergi ar..
P/p/s: Dan kalau ada salah tulis kat atas tu boleh ar tegur apa yang patut. Thanks :)


Aku xmampu…
baby bwh 3 tahun free ke?
wahh teringin nk masuk legoland
[...] Malaysia pun dah ada Legoland kat Johor. Cool! Category: WOAH Tag: Sejarah Lego, Sejarah legoland August 18, 2012 [...]
sure aku pegi :)
Harap LegoLand ni dapat menambah ekonomi Johor,
dan semoga lebih ramai rakan Singaporeans pula datang
membalas kunjungan Malaysians ke USS :)
ape beza pas pra pembukaan gn pas biasa ? knp lagi mahal ? lw pegi mase baru bukak nak bayar rm140-30 or rm195 tu ? musykil
pas pra pembukaan
kena beli sebelum grand opening (dah abs promotion klu x silap – 28/8/12)
pas biasa
bila2 masa boleh beli.
p/s: better beli pas tahunan klu bermastautin kat johor. :)
Menarik! Boleh la pergi nanti.
apa maksud pas tahunan? bole masuk byk kali ke sthn kalau beli pas ni..
ye betul tu.. pas tahunan tu beli sekali, boleh masuk banyak kali untuk setahun..
amboi, masuk RM140? untuk satu hari ke bayar RM140 tu? mahal atau tak, kena p jugak! wohoo!