Dec 212011
 

Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam? – Apa yang bakal aku kongsi adalah sebuah artikel yang aku dapat dari Fan Page Hijrah Remaja. Aku tertarik dengan kisah gadis ni yang berfikir di luar konteks minda masyarakat melayu sekarang. Thumbs up for that girl and her husband!

 

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

 

kahwin cara melayu atau kahwin cara islam

 

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi. Bacalah!

 

 

***********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

 

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

 

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

 

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
 
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
 
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

 

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
 
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

 

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
 
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
 
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Beberapa Artis Lelaki Malaysia Yang Telah Berhijrah...

 

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”
 
“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”
 
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
 
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

 

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

 

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

 

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

 

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
 
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
 
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

 

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

 

 

Fit: Betul apa yang dia kata tu. Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat. Cuba fikir mana lagi penting?

(Visited 205 times, 1 visits today)

Comments

  1. PELANGI says:

    wah. memberi 1001 pengajaran untuk kehidupan sekarang yang hanya mementingkan adat daripada benda yang wajib. =)

  2. Raudhah says:

    salam…sememang perkahwinan itu mudah buat mak ayah yang dah faham akan situasi anak-anaknya…dan memahami kepentingan prkhwinan mgikut islam…tapi ada sesiapa cdgn utk bantu pasangan yg hndak berkhwin bagaimana mahu meneruskan rncngn prkhwinan mngikut Islam seandainya ibubapa juga tidak faham Islam dn tidk bersetuju dgn rncgn anknya yakni permintan anaknya untuk berkhwin….?

  3. fina fento says:

    Harap mak ayah saya tak secerewet sesetengah ibu bapa sampaikan sibuk nak jaga standard, perasaan anak sendiri terabai.

    Minta dijauhkan.

  4. encik fitri…..sy mau share kt blog sy bolehh? :)

  5. RinnAzrinah says:

    kahwin time study? no comment! sbb sy kahwin selepas 5 thn bekerja…

    sape kata hantaran tu x perlu? perlu bagi pasangan yg berkahwin itu untuk meneruskan kehidupan selepas kahwin…

    duit hantaran? x pyh laa sampai mencecah puluh ribu.. fikirkan kehidupan selepas kahwin… tp, kebanyakkan mak bapak lupa ttg ini… depa nak anak depa kahwin besar-besaran.. alasan, kahwin hanya sekali.. (bg lelaki ade 3 quota lg, paham2 sendiri suda & bg pompuan.. mungkin akan ada kali ke-2.. if diceraikan)…

    majlis kahwin buat besar-besaran… tapi, lepas kahwin tanggung hutang buat apa?.. dah kahwin mesti nak anak.. dpt plak anak berderet… mana nak cekau duit belanja?… agak2 laa kan..

    sekarang, bleh laa sy ckp mcm ni.. esok2 x tau la plak kan bila anak2 da besar & nak kahwin… tambahan plak 2-2 anak sy tu pompuan.. kami hanya menerima… hehee..

  6. far-east says:

    serius..superb n sweet sgt kisah saudari ini…
    smoge kite sume dpt praktikkan ape yg dinasihati oleh saudari kita ni…insya allah….

  7. Baraya says:

    Mantap ceritanya.

  8. […] Kahwin Cara Islam Aku tau ramai anak muda sekarang ni nak kahwin. Tambah-tambah lepas baca artikel kahwin cara melayu atau cara islam. Tapi bila tengok bajet untuk belanja kahwin masih tak cukup walaupun dah jimat banyak […]

  9. […] (Surat) Ayah, Ibu, Saya Nak Kahwin Semasa Belajar! Satu surat yang panjang. tapi menarik untuk dibaca bersama. Dan tajuk yang sesuai saya letak adalah “Ayah, Ibu! Saya Nak Kahwin Semasa Belajar!”. Isi kandungannya menarik seperti artikel kahwin cara melayu atau kahwin cara islam. […]

  10. sedey~ says:

    salam… saye sangat sokong dengan cerita di atas..Nie la yang berlaku secara realiti nye di zaman skang.. Manusia lagi mementingkan cara kahwin org melayu dari kahwin cara Islam.. Kepada saudari yang dah kawin tue tahniah saye ucapkan.. btul cakap awak.. kahwin muda itu lebih baik dari couple lame2..couple lame2 nie penat… dan bukan saye pun xnak kawen awal.. Tapi mak abah yang tak bagi kawen awal.. bukan tak restu ye.. mak abah saye merestui hubungan saya & tunang… tapi sebenarnya saye tak nak bertunang.. kalu boleh saye nak nikah trus..jimat kos & saye rase saye yakin ngan pilihan saye dan kalu itu yg Allah jodohkan untuk saye, saye yakin yg saye mahu trus bernikah… Tapi atas kehendak abah, saye bertunang dulu.. Saye takut nak bertunang sbb dulu saye penah jugak frust2 sgt2.. 7thun saye b’cinta tapi apa pun takde.. Saye boleh trima jika tue ketentuan nya…. Then skang nie, sbb saye pun x nak ape2 jadi lagi, saye kecewa ke ape then saye decide nak nikah trus.. tapi sbb kehendak family saye dah b’tunang skang.. Dah skang saye melalui ujian yg sgt hebat utk saye lalui… Tunang saye acapkali mengata kan ingin putus apabila ade sedikit selisih faham atau pertelingkahan yg kecil.. Kecik hati saye nie.. Sedey yg amat sgt.. tapi saye tabah kan hati, saye diam je.. saye nangis.. tapi saye tak penah mengiyakan permintaan dia untuk putus.. sbb bagi saye kalu saye layan perangai dia, mmg boleh jadi putus kot.. so saye kena byk sabar… sabar dan bersabar… tapi saye takut saye dah tak tahan untuk bersabar… saye tahu dia btul2 sayg & cinta kan sy.. tapi mungkin dugaan smase bertunang nie kuat, dan kami pun sentiase rase hati x tenang, yela x dpt kawen lagi kan, tue yg buat kami asyik bertelingkah.. masing2 jadi diam… Sebenar nya satu je ubat dia, yg saye pastu dan yakin perkara boleh jadi baik smula iaitu dengan BERNIKAH… bagi saye itu la jalan yang sebaik2 nya dalam menhuraikan segala kekusutan yang melanda skang… tapi apakan daya saya, saye nak nikah,kalu boleh bulan depan ke or sblum raye nie.. tapi disebabkan duit hantaran, kehendak family yang nak tgk majlis yg agak besar sikit, saye terpaksa tahan.. saye terpaksa korban kan perasaan saye & niat saye untuk kahwin cepat utk mendapat keredhaan-Nya..Kalu la mak & abah saye dapat faham apa yg saye rase.. tolong la izin kan… agar benda baik nie dapat diuruskan dengan cepat.. saye sentiase berdoa pada Allah agar Allah buka kan jalan untuk saye & tunang saye agar pernikahan kami dipercepatkan.. Kawan2, kadang bukan kita yg tak nak nikah cepat, tapi ade faktor yg membuatkan seseorang itu tidak dapat bernikah even dia dah ready skali pun…. Memang betul ade kebaikan nya apabila mendapat wang hantaran, hantaran dulang berbgai2, tapi ini semua bergantung pada kehendak individu.. kalau anda nak, anda minta.. Sape tak nak kawen grand2 kalu mampu.. Tapi saye biase2 je..Cukup la ape yg mampu.. Tapi sedara2 adik2 kate, kawen skali.. tak kan tak nak buat grand2 kot…benda dah jadi pening.. saye kena memuaskan permintaan & menjaga standard mereka tetapi saye yang terseksa..perasaan sy yg terabai.. Wang hantaran, mmg byk kelebihan kalu seorg perempuan itu dapat..tapi kalu parents letak mengikut standard dorg dan bukan standard level si lelaki, kan dah menyusahkan tue.. Tapi yang lagi2 susah, si perempuan tue yg susah, sebab jiwa & raga nya terseksa nak menunggu si lelaki cukup kan duit untuk wat duit hantaran..Dan bagi parents saye, penyediaan wang hantaran itu adalah seperti kayu pengukur kesanggupan tunang saye untuk mengahwini saye.. Anda smua ingat saye setuju dgn pemikiran mak ayah saye? sbnrnya TIDAK.. mmg ade kebaikan nye sbb mak & abah saye nak yg terbaik utk diri saye..tapi kalu tunang saye tak mampu & pernikahan kami menjadi lebih lambat tak ke tue satu penyeksaan.. saye tau org akan kate “kalu nak, usaha la”.. “kalu benda nak dpt susah, org akan hargai”..tapi kalu usaha smpai memeningkan, saye rase tak wajar tue..bagi saye, cukupla keikhlasan dia & niat dia hendak memperisterikan saye serta membimbing saye dunia dan akhirat..kerna secara tak langsung dia telah meringankan beban abah saye yang selame ini telah menanggung segala dosa2 yang telah saye lakukan sbgai nak perempuan nya, dan skang dia akan mengambil alih & menggalas tanggungjawab tersebut apabila dia bernikah dgn saye kelak.. Tak ke itu satu pengorbanan yg besar tue? Dan juga bukan senang seorang lelaki hendak membuat keputusan untuk memperisterikan sesorang perempuan.. pikir2 kan lah.. dan doa kan saye ye agar pernikahan saye dipercepatkan & dipermudah kan jalan nye..amin…

  11. adyy says:

    wahh , nak nanges bace ceta nh , sbb mmg impianku pn begitu . huhuu . tp sbg ank pmpn tunggal kan , kompem ibu ayah xbg begitu . huhuu , seronokseronok ^^

  12. faizal says:

    terima kasih atas sokongan diatas . . m

  13. faizal says:

    terima kasih atas sokongan diatas . .


LIKE KAMI DI FACEBOOK