Nov 232011
 

Dah cuba Burger King Supreme Angus Steakhouse dengan pilihan rasa Black Pepper atau Spicy Jalapeno yang terbaru tu? Memang terbaik wa cakap lu!

 

Hari ahad lepas aku saja-saja terjah Burger King. Actually tak plan pun. Tapi sebab bosan dok rumah sepanjang hari, jadi aku keluar ar cari kehidupan sikit kat AEON Jusco Bandaraya Melaka. Perut pun dah lapar. Hajat hati nak makan burger.

 

So aku pun masuklah Burger King. Dan gadis kaunter tu tunjuk kat aku gambar burger Supreme Angus Steakhouse yang terbaru ni.

 

Supreme Angus Steakhouse burger king spicy jalapeno black pepper

 

 

Ada dua pilihan rasa sama ada black pepper atau spicy jalapeno. Then gadis kaunter tu suruh aku cuba Spicy Jalapeno sebab yang tu lagi sedap. Dan kalau order mana-mana set hidangan value meal Supreme Angus Steakhouse tu (bukan ala carte), korang dapat beli Apple pie dengan harga RM0.99. Actually bila dibundarkan jadi harga singgit ar.

 

So aku pun order ikut cadangan makcik tu. Dan inilah hasilnya…

 

harga price Supreme Angus Steakhouse burger king spicy jalapeno black pepper

 

Harga hidangan bersaiz medium untuk Supreme Angus Steakhouse (Spicy Jalapeno) ni adalah RM16.95. Tambah Apple Pie RM0.99. Jumlah semua sekali dengan cas tax adalah dalam RM19.00. Tengok ar resit aku scan ni.. Kot ar korang kata aku tipu lak…

LIHAT JUGA:  (Kupon) Voucher PERCUMA KFC Double Zinger Burger Combo

 

harga price Supreme Angus Steakhouse burger king spicy jalapeno black pepper

 

Rasa burger ni memang berbaloi dengan harga yang korang bayar. Standard ar dengan harga Burger King. Lagipun time tu aku nak release tension dan menghilangkan kebosanan. Bila makan Burger King ni rasa cool skit.

 

Bagi aku, Burger Supreme Angus Steakhouse Spicy Jalapeno yang aku order tu memang sedap siot. Makan sambil layan Wi-fi memang terbaik ar. Dah ler hujan time tu. Wah romantik kot kalau hujan. Nasib baik aku takde isteri lagi. Kalau tak memang dah ber-hindustan ar kat situ. Hehe… Betullah orang kata makanan tu pengubat duka. Tak gitu?

 

Hah lepas ni boleh ar korang terjah Burger King yang berdekatan dengan kengkawan atau isteri/suami korang dan orderlah Burger King Supreme Angus Steakhouse tu. Orang kata nak tambat hati pasangan adalah melalui makanan. So faham-faham korang ar. Hehehe…. Selamat ber-Burger King!

(Visited 40 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Belum pernah masuk restoran Burger King. Biasanya makan di McD sahaja.

  2. titan says:

    banting takde wehh. paling dekat pun kat klia. itupun mahu makan setengah jam kalau nak ke sana..

    1. FITRIHADI says:

      nak seribu daya hehehe

  3. […] Black Pepper Nampaknya Burger King bermurah hati nak bagi kupon. Kali ni ada kupon untuk burger Supreme Angus Steakhouse Black Pepper & Spicy Jalapeno dengan harga RM5 […]

  4. […] – Spicy Jalapeno / Black Pepper untuk sehari saja iaitu pada 8 Januri 2012. Kalau ikutkan harga masa aku gi makan dulu, harga seketul burger ni RM16.95. Dan kalau korang guna kupon ni, akan dapat penjimatan 25% which […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK