Oct 312011
 

Memandangkan berat badan aku boleh dikatakan tak seimbang, (means berat lebih kat perut je. Kat tempat lain okay lagi. Adehh) maka aku nak mula diet dan share skit info pasal diet dengan korang. Tips-tips ni aku dapat dari beberapa sumber rahsia yang boleh dipercayai. So boleh ikut kalau nak ikut.

 

Sarapan menyihatkan kesihatan.

 

 

Tips kurus yang pertama adalah jangan lupa untuk bersarapan! For sure sarapan tu penting untuk bekalkan tenaga sebelum makan tengah hari. Kenapa?

 

Mengurangkan Lapar                                                         

 

Bayangkan kalau perut korang lapar je pagi-pagi. Nak buat kerja pun tak boleh. Bila kerja pun tak jalan, kalori pun kurang terbakar. Lepas tu, bila dah tengah hari, mula ar pulun makan banyak banyak. Bila makan banyak perut lak susah nak hadam semua makanan yang masuk. Sebab tu ada lemak yang berlebihan.

 

Dan bila tengah hari dah makan banyak, badan mula jadi malas. Bila badan malas bekerja, bertambah lagi lerr kalori yang tak dapat dibakar oleh badan. Make sense tak??

LIHAT JUGA:  (Tips) 10 Cara Untuk Bakar Kalori Berlebihan

 

 

Apa Yang Sesuai Untuk Sarapan Pagi?                             

 

Nak pilih sarapan tak susah pun yang penting seimbang.

 

Atau paling malas sangat boleh guna cara aku, senang je. Bayangkan kalau lemak tu lebih kat makanan je, boleh kurangkan lemak kat minuman dan camtu ar sebaliknya. Jangan lemak je memanjang kat makanan dan minuman. Contohnya kalau makan nasi lemak, untuk minuman boleh minum air suam pun cukup.. Atau kalau makan roti bakar dengan telur atau jem, boleh minum air oren, susu atau milo yang penuh khasiat.

 

Kalau minuman yang hanya manis semata-mata tanpa pembekal khasiat tak digalakkan sangat macam teh tarik, kopi, sirap dan minuman yang sewaktu dengannya.

 

Oh ye, Kalau korang nak tau teh HIJAU Lipton tu bagus untuk kuruskan badan. Gi ar cari kat kedai kalau ada.

 

Moral of the story: Majulah sarapan untuk negara…

 

P/s: Tips seposen je.. huhu..

(Visited 91 times, 2 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK