Oct 172011
 

Di sebabkan handphone Nokia E63 aku dah tua bangka, mula ar dia nak meragam. Beberapa hari lepas, speaker buat hal plak. Dia tanak menyalak kalau ada orang call atau ada mesej masuk. Pagi-pagi nak suruh kejut subuh pun susah. Dia bantai tido senyap-senyap tak hengat apa. Adeh..

 

So solutionnya, petang tadi aku gi Tesco kat Melaka Sentral. Situ memang ada beberapa booth jual handphone. So banyaklah pilihannya dan antara tempat yang paling murah ar dalam negeri Melaka ni.

 

Bajet aku takde ar banyak. Untuk sementara waktu je guna ni. Bila dapat handphone baru, mungkin aku akan buat giveaway untuk hadiahkan kat korang. hehehe!

 

Jadi, usya punya usya, survey punya survey semua booth kat situ, dapat la aku deal dengan satu amoi ni handphone paling murah. Ni hah handphonenya…

 

 

Samsung GT-E1080F – antara henfon paling slim dan kecik dalam dunia (bagi aku laa)

 

 

Harga dia takdelah mahal mana pun. Amoi tu jual kat aku dengan harga RM78 je. So far so good lah. Bateri for sure tahan lama sebab tak guna line 3G atau Wi-Fi. Screen of course ada kaler. Dan ada jugak torch-light, kot ar tengah-tengah malam nak gi jamban. Kena ar menyuluh, tak gitu? hehe just saying!

LIHAT JUGA:  Entry Siput dan Ciput

 

Dan yang bestnya handphone ni ada FAKE CALL. First time aku jumpa function ni. Haha.. kot ar korang terjumpa siapa-siapa yang korang tak suka ajak borak, boleh ar guna function ni untuk berambus cepat-cepat dari tempat kejadian. Brilliant!!!

 

Antara function lain adalah SMS, call, phonebook, alarm, calculator, converter, calender, games (ada dua ketul games je), dan bla bla bla.. Actually ni basic handphone je. Bukan ada banyak function pun derr. Aku beli untuk tolong kejutkan aku masa subuh dan kejutkan aku untuk pergi kelas je. Selain tu untuk call dan sms dengan efisyen macam biasa.

 

Alah handphone Nokia E63 tu still bleh guna. Cuma speaker je la dah kiok. Nanti ar ada masa aku antar gi operate. Mesti makan masa gak nak operate tu. Adehh sabau jela..

 

Hajat hati nak tukar pakai android phone atau BB atau iPhone. Mungkin sikit masa lagi. Tunggu~

 

P/s: Pakai handphone canggih-manggih tak guna gak kalau takde credit atau takleh online internet. Tak gitu???

(Visited 74 times, 1 visits today)

Comments

  1. […] (Giveaway) Share & Menang Samsung Basic Phone Dalam beberapa bulan yang lepas, aku ada beli satu phone sebagai peganti sementara handphone Nokia E63 aku yang rosak iaitu Samsung Basic Phone. […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK