Sep 092011
 

Baru-baru ni tersebar di alam facebook dan twitter tentang Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung Malaysia iaitu :

 

  • UPSR, PMR/SRP: RM1,000 – RM3,000
  • SPM: RM3,000 – RM8,000
  • STPM/DIPLOMA: RM8,000 – RM12,000
  • DEGREE: RM12,000 – RM15,000
  • 2ND DEGREE/MASTER: RM15,000 – RM20,000
  • PHD: RM20,000 – RM30,000

 

Woo boleh tahan banyak gak tu…

 

 

Tapi hantaran kahwin ni kan tak wajib. Jadi, tak perlulah nak ikut sangat nilai yang ditetapkan tu. Terseksa eden yang bergelar lelaki ni nak menanggungnya. Adeh…

 

Mas kahwin adalah satu perkara yang wajib dalam pernikahan. Ia adalah hadiah dari suami kepada isteri sebagai tanda pernikahan. Isteri berhak meminta apa yang ia mahu sebagai mas kahwin kerana ia adalah milik isteri.

Hantaran pula adalah hadiah tambahan yang diberikan oleh suami kepada isteri, atau kepada keluarga isteri. Ia bukan wajib, tetapi jika diniatkan sebagai hadiah, maka pahala akan dapat diperolehi oleh suami. Namun, hantaran tidak boleh dipaksa atas suami, dan ia bukan syarat pernikahan. Untuk isteri menukar jumlah hantaran kepada mas kahwin, maka ia terpulang kepada kedua-dua pihak suami dan isteri untuk bersetuju. Prinsip dalam Islam adalah untuk tidak menyusahkan orang lain.”

[ via senyummanis.com ]

 

LIHAT JUGA:  Hukum Pakai Topi Atau Cap Baseball

Dan ada jugak senarai mas kahwin mengikut negeri: 

 

senarai harga mas kahwin negeri

 

 

Apa pun, Ustaz Azhar Idrus ada penjelasan yang lagi baik tentang mas kahwin yang mahal ni. Ni pasal mas kahwin. Bukan hantaran. Tapi bagi aku intipatinya sama je.

 

Jom kita layan sama-sama.. Hehehe..

 

 

 

 

 

“Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya”

(Sabda Rasulullah)

 

P/s: Ambe nok nikoh, weh. Tapi pitih takde lagi.. Adoii..

(Visited 33 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK