Aug 142011
 

Masa siaran ‘Ini Kisahku episod Wardina Saffiyah’ di TV9 ni, aku terlepas tonton. Alhamdulillah pada tengah malam tu ada siaran ulangan so sempatlah aku tonton dalam bilik aku. Tapi nak share dengan korang, takde lagi upload kat youtube. Hari ni aku tengok dah ada, so aku share dengan korang.

wardina saffiyah ini kisahku tv9


Memang sangat memberi inspirasi kepada setiap wanita muslimah bilamana Wardina ni boleh tergerak hati nak bertudung dan memperbaiki dirinya sebagai insan yang bergelar muslimah.

Orang akan menilai kita melalui pakaian kita, dan pakaian kita ini menzahirkan siapa kita. Saya mahu dikenali sebagai seorang wanita muslim. (Wardina,2011)

Aku suggest, korang semua tonton video ni especially wanita yang sentiasa tercari-cari inspirasi sepanjang bergelar muslimah. Aku yang tonton ni pun rasa sejuk je. Bertuah suami dia dapat wanita yang betul-betul taat pada perintah Allah.



P/s: Wanita solehah itu syurga dunia bagi lelaki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. [...] mungkin boleh terjah video persoalan tudung ni atau boleh juga sejukkan hati korang dengan video kisah Wardina Saffiyah ini. [...]