Aug 032011
 

Dah tengok video iklan puasa dari 8TV yang dikatakan kontroversi dan bersifat perkauman ni? Aku baru tau lepas heboh mengatakan ada iklan kontroversi puasa 8TV yang ditarik balik. Bagi aku iklan ni takdelah salah sangat pun. Nanti aku cerita sebab apa (Sila baca sampai habis ye!). Now kita tonton balik iklan ni.



For sure, mesti Chinese akan terguris bila melihat iklan ni sebab diorang akan menafikan perkara-perkara yang dibuat oleh Leng Loi tersebut. Tapi bagi aku, takde salahkan untuk saling nasihat-menasihati antara satu sama lain. Video ni bukannya nasihat untuk chinese je, tapi untuk semua lapisan kuih lapis masyarakat, agama dan bangsa. Dalam iklan ni ada beberapa nasihat iaitu;

1. Jangan Kecoh Dan Menjengkelkan
Pernah sekali aku gi pasar ramadhan, kat gerai kebab. Tak habis-habis dengan bunyi “Perghhh!!!!”. Kalah bunyi enjin motor Yamaha R1 aku. Biasa la budak-budak muda yang berniaga. Siap punggah geng lagi lepak sekali. Sikit-sikit “Pergghhh ko jual kebab ar”. “Perghhh sedap kebab ni aku makan semalam.”.

Pastu kalau ada kawan dia yang datang nak beli kebab, mula ar “Perghhhhh orang kaya nak beli kebab ar. Perghhh!!!” Adeh 3 hari 2 malam aku nightmare dengan perkataan perghh tu. Berbulu telinga!

kontroversi iklan puasa 8tv perkauman racist
Perghhhh!!!!!


2. Sila bersopan-santun dan berbudi bahasa
Kan bagus kalau bebudak yang jual kebab tu sembang slow-slow. Ini macam nak halau pelanggan je. Time tengoh potong daging kebab tu boleh dok perghhh lagi. Sebelah telinga aku lak tu. Adeh..

kontroversi iklan puasa 8tv perkauman racist
Hai makcik! Pekabo? Lamer tak jumpe.


3. Jangan tamak dan makan depan orang
Jangan tamak! Tak faham lagi? Alaa kalau dah lapar tahap gaban tu memang rasa nak beli sampai dua tiga karung guni buat berbuka. Last-last ada banyak makanan yang tak termakan dan membazir. *Don’t try this at home – membazir dan tamak itu amalan syaitan.*

Tak pun kalau beli makanan dengan kengkawan dia, semua dia nak lebih dari orang. Pantang nampak ayam golek kawan dia lagi banyak atau lagi besar dari dia punya, mesti dia nak tukar dengan kawan dia tu. Adehhh.. Relax ar bro!

iklan kontroversi puasa 8TV
“Tepi, tepi! Orang tamak nak beli ayam yang lagi besau dari korang!”


Jangan makan depan orang. Kes ni selalu aku tengok budak-budak kecik je buat. Parents diorang macam tak kisah je bebudak ni makan bila bawak bebudak ni sekali. I think Leng Loi dalam iklan tu kena ganti dengan budak-budak ar. Baru betul konsepnya. Tak gitu?

video iklan kontroversi 8TV puasa raya ramadhan
Cantiknya gadis baju merah tu. Boleh berkenalan? :p


4. Bertimbang rasa dengan orang lain
Ye la.. beli sikit-sikit sudah. Perut tu besar tin nescafe je. Bukan besar tong gas. Lain ar kalau nak beli untuk family yang ramai, boleh ar angkut banyak-banyak makanan dari pasar ramadhan tu. Bulan ramadhan ni adalah bulan bersederhana. Bukan bulan tahap gaban. So berpada-padalah dalam apa jua amalan dan kehidupan.

5. Jangan pakai ketat-ketat dan tak cukup kain
Ni mungkin nasihat untuk semua gadis-gadis kat luar sana tu tak kira ar apa bangsa sekalipun. Selalu sangat aku nampak perempuan pakai tshirt adik diorang. Tak pun pakai baju harga 20 sen sebab takde duit nak beli baju yang kainnya banyak.

iklan puasa 8tv
Jangan tengok weh! Berdose!


*Eh siapa suruh tengok. Bukan kitorang suruh tengok pun.*
Ya ya memang kitorang tanak tengok tapi sebab menyerlah sangat kilauannya, macam magnet daa dia punya tarikan kepada mata tu. Terseksa woo. hehe :p

6. Sila pakai pakaian yang sopan
Kesimpulannya pakailah sopan-sopan. Orang pun takdelah nak annoying dan peeping body korang. Abis cerita.

iklan 8tv 2011
Pakai camni pun cun apa…


Disebabkan 8TV tu channel yang more to chinese people in Malaysia, maka diorang gunakan Leng Loi tu sebagai pengantara nasihat supaya lebih dekat di hati penonton diorang. Tapi ramai yang salah faham. Walaupun iklan tu ditarik balik, CEO 8TV; Ahmad Izham Omar tetap dengan pendiriannya walaupun sudah meminta maaf.

video iklan puasa 8tv kontroversi racist
[ Tweet Peek via Intan Izani ]


Aku rasa Leng Loi dalam video iklan tu patut digantikan atau ditambah dengan beberapa karektor yang lain. Not just that Leng Loi tu je. Atau mungkin boleh buat animasi. Mesti awesome dan kurang perselisihan faham.

Jadi, apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju dengan iklan puasa 8tv ni? Atau ada pendapat lain? Share-share ar sebab mungkin CEO 8TV akan baca feedback dari korang kat entry ni. Dan maaf gak kalau entry ni ada menyentuh mana-mana pihak tanpa disedari. Jika ada sila tegur, dan saya akan buat beberapa pengubahsuaian. Peace! :)

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Tahniah kepada yang memberikan komen pertama dalam entry lepas;

haha.. memang masuk.. tapi sayang, sekejap sangat..
~ RedBoys

(Visited 31 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Video) Lagi Kanak-Kanak Dilanggar SUV Di China & Masih Hidup - Parenting Fail!

Comments

  1. baru tgk iklan ni lepas sahur tadi kat u tube hehehhe! pada aku ok je..

  2. RedBoys says:

    aku rasa ok je.. lain orang lain belalangnya..

  3. matjoe says:

    iklin gambarkan yg chinese tu tak tahu rasa hormat. mcm tweet ahmadizham tu la, dierorang misinterprate. tak bertempat nak emo.

  4. tiafazunia says:

    nak tengok tapi tak boleh ponn?

    1. FITRIHADI says:

      dah kena block.. sorry ar..

  5. KA tak dapat tengok pun…

    1. FITRIHADI says:

      diorang dah block kot.. sorry ;(

  6. emanthehalia says:

    alah tak dapat tgk!! =(

    1. FITRIHADI says:

      dah kena block bro.. tapi aku ada copy kalu ko nak tengok.. hihihi

  7. EddyGeek says:

    laaa.. xsempat aku nk tgk video tuh. da claim copyright. sape ade tolong reupload ler. hehe

    1. FITRIHADI says:

      dah kena block ar bro.. tapi aku ada copy video tu.. kalau nak boleh emailkan hihih :p

  8. nuriz says:

    aloh dah takleh tengok ler

    1. FITRIHADI says:

      ermm dah kena block ar.. sorry ;(

  9. afiq aiman says:

    ada je yang complain. buat iklan sendiri taknak pulak. kalau dulu masa raya, kali ni langkah setapak ke hadapan, time puasa. adoi…

    1. FITRIHADI says:

      ntah la.. takpun masyarakat kita je yang terlebih sensitif. takleh ditegur.. adeh…

  10. Hanif says:

    Aku belum tengok lagi iklan tuuu

    1. FITRIHADI says:

      lorhh sorry ar.. diorang dah block ar.. tapi aku ada copy video tu.. kalau nak, email ar hihihi..

  11. akubiomed says:

    Tidak dapat hendak tonton kerana telah ditarik balik.

  12. bluez says:

    i love this ads. buka la mind sikit org melayu. aku pun org melayu. aku boleh terima apa yg dierg nk sampaikan. jgn jadi kuno sgt. kita islam tapi adakah apa yg kita buat itu semua betul? org bukan islam x boleh tegur ke? bodoh laa org melayu sifat kuno nie. noob.


LIKE KAMI DI FACEBOOK