Aug 012011
 

Batmobile; bukan 1, bukan 2, tapi 3 Batmobile yang disediakan untuk filem terbaru Batman bertajuk The Dark Knight Rises. Pergh, teruja siot tengok Batmobile tu.

Yang lagi best kalau ada part moto keluar dari dalam batmobile tu. Memang segak bergaya macho dan meletup ar. Gerenti bekas tunang Khairul Che Fahmi a.k.a. Jejari Runcing a.k.a. Elia pun cair nengok aksinya. Hihihi…

image batmobile bat mobile dark knight rises batman
Salah satu batmobile yang dipinjam dari garaj rumah aku.


Dengan enjin Chevy V8 keluaran Chevrolet, korang takyah kata apa ar. Enjin 8 silinder tu beb, dah macam enjin kereta Ferarri yang bersamaan dengan 562 kuasa kuda. Memang power ar Batmobile kepunyaan mamat Batman ni.

Cayalah! Ni video amatur yang merakamkan batmobile ni bergerak meninggalkan garaj rumah aku. Tapi slow je korang bergerak. Bilanya nak lenjan Batmobile tu sampai pengsan? Kalau aku memang dah libas sampai terbabas kot. Hahaha!



Bentuk dia smart siot. Thumbs up untuk designer yang reka Batmobile tu. Takpe, kalau rosak batmobile tu, nanti diorang gantikan yang baru untuk aku. *Berangan lagi…

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Thumbs up untuk komen pertama dalam entry yang lepas! Keep on stalking, kak!

wah nak rajin komen arr pas ni hehehe :)
~ ieda al-habsyi

(Visited 1 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Gambar) Melukis Mural Batman Di Bangunan Setinggi 150 Kaki

Comments

  1. eilaroy09 says:

    huish tinggi betul angan2 nak dapat kete 2 ek… hehe… lawa gak la…

  2. Ali ridha says:

    kesian kereta lain kena himpit
    di jalan raya.disebab batmobile.
    nak cari letak kereta pun susah.

    1. FITRIHADI says:

      nak buat camna.. tayar pun dah besar tayar traktor.. memang makan jalan ar..

  3. Que says:

    makan jalan r kete ni..ish3

  4. RedBoys says:

    bentuk dia smart jugak.. aku nak sebijik.. haha

    1. FITRIHADI says:

      bro nak gak?? kena bayar dulu RM300,000 hihihi


LIKE KAMI DI FACEBOOK