Aug 242011
 

Dah tau tempat untuk tengok anak bulan Syawal? Jom tengok anak bulan untuk tentukan tarikh hari raya Aidilfitri pada tarikh yang berikut! Marhaban ya Syawal! Jadi, tarikh melihat anak bulan Syawal adalah pada;

Isnin, 29 Ogos 2011 bersamaan 29 Ramadan 1432 Hijrah


Dan tempat-tempat yang boleh lihat anak bulan Syawal untuk penentuan Hari Raya Puasa adalah di;
  • Pontian Kecil (Johor)
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara (Melaka)
  • Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan)
  • Bukit Melawati, Pulau Angsa & Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor (Selangor)
  • Pantai Pasir Panjang, Manjong (Perak)
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang)
  • Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi & Menara Alor Setar (Kedah)
  • Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu)
  • Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai & Menara Bangunan SEDC Kota Baharu (Kelantan)
  • Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands & Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
  • Kuala Sungai Baru (Perlis)
  • Menara Kuala Lumpur
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
  • Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak)
  • Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah
LIHAT JUGA:  Beli Laptop Online Tapi Dapat BATU. Ish ish ish...

.

[ Tempat dan tarikh lihat anak bulan Syawal via Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia ]

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh hari raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh hari raya akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

Rasa macam baru je kita berpuasa. Tup-tup dah nak habis sebulan kita berpuasa. Macam mana dengan bekalan kita ke akhirat? Berjumpakah kita dengan malam lailatulqadar? Diharap korang semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah sepanjang menghadapi bulan Ramadhan ni.

Di kesempatan ini, kami di Fitrihadi.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan minta maaf banyak-banyak andai ada tulisan, gambar, video atau artikel kami yang menyentuh sensitiviti korang. Setiap yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kami sendiri walaupun kedua-duanya datang dari Allah SWT. Wassalam…

tarikh lihat anak bulan syawal raya aidilfitri 2011
[ Image via Zooldevil ]


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Tahniah kepada komen pertama untuk entry sebelum ni. Keep on stalking, buddy!

seumur hidup aku, x prnah lgsg gne DiGi…..
~ ahmadfaezi

(Visited 43 times, 1 visits today)

Comments

  1. saye says:

    Ramadhan kali ni memang rasa sekejap je…

  2. Wan Perlis says:

    aku pun sama
    puasa kalini rasa cepat sgt

    1. FITRIHADI says:

      a’ah cepat je kan…

  3. Mohd Nasir says:

    Syukur..ramadan kat malaysia penuh kenikmatan…aman & damai.. Ya Allah kekalkan kenikmatan yg kau beri ini berterusan…amin..


LIKE KAMI DI FACEBOOK