Aug 242011
 

Hari ni dah 24 haribulan. Dengar kata hari raya 30 Ogos. Tapi tak tentu lagi betul ke tak. Apa pun suasana rumah aku sekarang ni dah lain sikit dari biasa. Ye la. Mak aku dah sibuk kemas rumah. Aku ni jarang nak menolong. Alasan? Penat berpuasa.

 

Haha mana ada. Actually aku tolong ar jugak sikit-sikit. Pagi tadi dah pergi pasar beli barang dapur. Pastu kena buang langsir lama sebab nak basuh. Nanti nak tukar langsir baru. Tempat yang rasa-rasa nampak serabut tu mak aku dah start kemas. Uih rajin sungguh mak aku ni.

 

Tu belum balik lagi adik-beradik yang lain. Pada kebiasaannya bila adik-beradik aku balik raya, dan esok tu nak raya, maka akan terjadi suatu perubahan suasana. Contohnya;

  • TV – Adeh… Selalunya budak-budak ar yang conquer TV time ni. Dari pagi sampai ke petang asyik-asyik dengan siaran Astro Ceria je. Tak habis-habis dengan tagline “Untuk Kita Aje”. Ye la.. Untuk korang je la. Untuk orang lain habuk pun tarak…

Bilalah ultraman dan resakse ni nak pupus? Dari aku kecik sampailah sekarang, dok ada lagi. Adeh…

 

  • Time ni rumah dah jadi macam kedai Apple Store je. Kemas sesangat. Aku rasa kalau nak buka kedai jual barangan Apple pun boleh time ni. hehehe… Biasanya sehari sebelum raya tu memang kalut dah nak lap cermin tingkap, sapu sampah, sapu sawang kat siling, mop lantai dan kemas apa yang patut. Uihh memang terseksa betul kena kerah camtu.
  • Petang sebelum hari raya tu, mak and the gang (kakak-kakak aku) dah mula sibuk masak rendang, ketupat palas dan makanan yang sewaktu dengannya. Aku pun terkena tempiasnya sekali. Biasalah kena gi potong daun palas kat belakang rumah untuk buat ketupat. Kalau gas habis, kena gi tukar gas. Air tong pun kalau habis kena gi tukar kat kedai. Wuuu penat weh penat!
  • Mercun & bunga api – kitorang takde tradisi bakar mercun dan bunga api ni. Bukan apa. Sayang woo nak bakar duit camtu je. Baik simpan buat kahwin lagi best… hihihi! Actually ada je yang main mercun dan bunga api. Ini anak buah aku yang jantan ar selalu datang bawak mercun bola dan mercun roket. Tak kisah ar. Bukan guna duit aku pun. Diorang bakar duit mak bapak diorang gak akhirnya. Kengkadang aku pun tumpang sekaki bakar duit diorang gak. Saja suka-suka :p
  • Selalunya malam raya tu mulalah aku ni nak melantak ketupat raya, rendang, kuih, dan kek puas-puas setelah 30 hari berpuasa. Saja nak qadha makan yang tertinggal tu masa puasa tu. Hahaha.. Buruk punya perangai aku ni. Esok tu sekadar cubit sikit-sikit je la sebab nanti nak melantak kat rumah orang lak. So kena ar sediakan space sikit untuk kuih diorang masuk perut aku ni.
  • Time sebelum raya rasanya susah aku nak nganga depan komputer macam sekarang ni. Kalau duduk jap je depan PC, sah nama aku kena panggil. Takleh tengok orang senang! Adeh tolong weh. Penat aku nanti.
LIHAT JUGA:  Selamat Hari Pekerja / Buruh! Selamat Bercuti!

Takpe lah. Raya bukan tiap-tiap hari. Setahun nak jumpa sekali je. Setakat penat sehari tu no hal ar. Macam gigit semut je. (Ayat famous sebelum nak bersunat. Haha!)

 

Dan bagi siapa yang kena kerja time raya tu, aku respek ar sebab korang memang hero of the year. Sanggup bekerja di saat orang lain menikmati kegembiraan bersama keluarga. Tak rasa syahdu ke bila keluarga di kampung beraya tanpa korang. Semuanya bersalaman memohon ampun. Tapi kita menikmati kuih raya berseorangan di hujung meja kerja. (T_T)

 

Dah dah. Tak payah nak feeling lebih. Sekarang kan ada 3G. Video call je la kalau rindu. Kan senang gitu :)

 

Dan bagi siapa-siapa yang nak balik kampung melalui highway tu, aku suggest korang guna kad PLUSMiles Touch and Go ni. Jimat masa, minyak dan tenaga. Memang aku suggest sangat-sangat korang guna sebab aku pun dah guna. Memang berbaloi-baloi!

 

P/s: Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada korang semua. Kalau ada salah dan silap tu harap dimaafkan.

(Visited 54 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK