Aug 132011
 

Bila tonton trailer filem raya Hantu Bonceng ni cambest je. Dengan lakonan bersahaja Zizan Raja Lawak bersama-sama Juliana Evans memang mantop ar. Wuu dah lama tak nampak kelibat Juliana Evans ni.

poster filem hantu bonceng zizan juliana evans
Poster filem Hantu Bonceng


Filem Hantu Bonceng ni akan menemui korang pada 31 Ogos nanti yang mana jatuh pada hari raya AidilFitri 1432H. Eh Jue Aziz pun ada sekali berlakon dalam filem ni. Cer tengok cer tengok!



Sinopsis filem ni;

Cerita mengisahkan Amran seorang budak penghantar pizza yang gemar berlumba secara haram motor ‘Drag.’ Satu hari selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah dihadiahkan seorang bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk bla bla bla.. bateri abis dah nak cakap…

Raya nanti tanak gi mana-mana ar. Nak nganga depan TV tengok Juliana Evans yang comel tu. hihihi! Sama-sama kita tunggu filem Hantu Bonceng ni pada hari raya nanti :)

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Tahniah kepada komen pertama dalam entry lepas! Keep on stalking, buddy!

bila melibatkan entri2 macam nih , takut nak bagitahu.. sebabanya kita tak tahu asal -usul pangkal cerita..so senyap jerla…
~ zik

(Visited 44 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Korang Kena Faham AJL Nak Lagu Dan Lirik Yang Mantap | Tahniah Ana Raffali Atas Kemenangan di AJL

Comments

  1. nana says:

    huhuhuhuh mesti bestt tak sbr plak nak tgk hihihihih~

  2. arek says:

    kena layan ni raya2…

  3. akubiomed says:

    Oh hantunya Juliana Evans. Ingatkan siapa kerana lain selepas disolek :-)

  4. Wan Perlis says:

    awat ak tgk cam x best ja


LIKE KAMI DI FACEBOOK