Tunaikan ibadah korban anda secara online. Tarikh tutup: 30 Sept 2014


Aug 022011
 

Semalam, disebabkan aku ni kempunan nak makan roti John, maka aku cubalah resepi roti John yang ada kat internet. Nampaknya takdelah susah mana pun. Adik korang yang umur 12 tahun tu pun boleh buat kalau dia rajin masuk dapur.

 

Apa yang penting kerjasama dalam resepi roti john adalah telur ayam, daging kisar, roti ‘hot dog’, sos cili dan mayonis. Tu je bahan asasnya untuk orang bujang. Nak lagi ringkas tak payah letak daging kisar pun takpe. Buat roti john benjo je. Senang cita!

 

 

Ni ikut resepi akulah. Sebab bahan yang sebetulnya tak berapa nak ada, jadi aku main taruk je apa yang ada. Janji sedap! Ini kiranya resepi roti john bujang ar. (John tu tak kahwin lagi):

 

Bahan-bahannya;

  • 3 ketul roti ‘hot dog’/frankfurter
  • 2 biji telur
  • bawang besar sikit (potong kecil-kecil)
  • 2 ketul daging sosej (actually kena guna daging burger, tapi dah takde aku taruk je bagi cukup syarat)
  • kobis (potong kecil-kecil)

 

Caranya;

  • Rebus dulu sosej dua ketul tu. Dah masak tu angkat dan potong kecil-kecil
  • Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk dan campurkan dengan potongan bawang besar, daging sosej dan potongan kobis. Gaul hingga sebati. (Tambah sikit garam atau serbuk lada atau serbuk kari untuk lebih rasa. Ikut suka korang ar yang ni)

 

  • Pastikan roti frankfurter tu korang dah potong tengah tapi tak putus.
  • Panaskan kuali dan masukkan bancuhan segala benda telur tadi tu ke dalam kuali dan tekapkan roti tu ke atas bancuhan telur atas kuali tadi.
  • Bila dah masak, angkat dan tuang sos cili dan mayonis secukup rasa.

 

 

Siap! Tak sampai setengah jam pun. Petang ni boleh ar try untuk family korang. Takde istilah tak jadi ar kalau nak buat resepi roti john ni. Bukan masak kari pun. Roti telur je kot. hehehe…

 

 

Cukup untuk aku, mak dan abang aku. Licin siot! (^_^)

 

Selamat mencuba!

 

P/s: Sejak bila blog aku jadi Asian Food Channel ni. Hahaha…

Comments

  1. [...] Resepi Roti John Mudah & Sedap – Masakan Orang Bujang! [...]