Aug 082011
 

Assalamualaikum. Hari ni aku nak share sikit hukum memakai topi atau cap baseball yang ada ‘sunprotector’ kat dahi tu. Contohnya macam aku pakai bawah ni.

 

 

Actually, dulu ni ada lah sorang mamat ni tegur aku.

 

“Weh fit! Dulu bukan ko sekolah agama ke? Apsal ko suka pakai topi arr? Bukan haram ke?”

 

Adeh. Bila masa lak hukum pakai topi tu haram. Of course, aku tau mesti dia merujuk kepada hadis nabi ni;

Barang siapa menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia tergolong dalam kaum itu.

Actually, apa yang dimaksudkan dengan ‘menyerupai’ tu adalah dari segi akidah atau senang kata perlakuan agamanya. Jadi, dalam hal ni memang takde kaitan langsung dari segi pemakaian.

 

Dan dari *sumber yang aku rujuk, ramai ustaz yang mengatakan hukum memakai topi atau cap baseball tu HARUS! Sebab apa? Sebab penting untuk melindungi kita dari panas matahari.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Rupa Ustaz Azhar Idrus Masa Muda

 

Dan pesan ustaz Azhar Idrus:

Pakai topi hukumnya adalah harus dengan syarat jangan dengan qasad menyombongkan diri dan tidak ada pada topi itu lambang2 yang haram memakainya seperti lambang agama lain seperti salib atau lambang syarikat yg haram seperti carlsberg atau lambang maksiat seperti playboy atau lambang kumpulan yg memusuhi Islam.

 

Sebab tu lah aku selalu pakai topi bila keluar sebab nak lindungi kepala dan muka aku dari panas terik matahari. Lagipun Malaysia sekarang ni memang panas benau bahangnya. Uihh bayangkanlah macam mana azabnya di neraka nanti. Berjuta kali ganda panasnya. Nauzubillah…


Semoga artikel ini membawa sedikit ilmu untuk korang. Selamat beramal!


[ *Sumber via Al-Ahkam, Halaqah.net, dan Forum.digitalmukmin.org ]

(Visited 484 times, 1 visits today)

Comments

  1. […] P/s: Ada orang kata pakai topi atau cap baseball macam Vijay Singh tu haram. Jadi apa hukum sebenarnya pakai topi atau cap baseball tu? […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK