Aug 132011
 

Masih baru lagi, Gaysec dalam laman facebooknya meminta maaf kepada Arlene Tan atas tuduhan yang mengatakan Arlene Tan adalah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Berikut adalah keratan ayat dari note minta maaf tersebut.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Dan aku terfikir, dengan tindakan Gaysec menuduh Arlene Tan dulu tu menyebabkan seluruh blogger dan dunia internet menyerang Arlene Tan. Cuba kira berapa banyak dosa fitnah yang berterbangan dan bertaburan. Dengan ditambah pulak blogger yang terus percaya tanpa usul periksa, membuat kecaman dan tuduhan terhadapa Arlene Tan dalam blog diorang. Itukah etika seorang blogger yang mempunyai ramai follower? Sepatutnya yang di-follow itu umpama ketua. Ketua yang mejadi ikutan dan contoh tauladan.

Pada awal pembongkaran identiti Maksik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni, aku seboleh-bolehnya tanak percaya sebab sebarang perkara yang tersebar dalam internet ni tak semuanya boleh dipercayai 100%. Kalau apa yang kita percaya tu fitnah, buruk padahnya. Dosa fitnah tu umpama memakan daging saudara sendiri. Apatah lagi jika dilipat gandakan bila korang sebarkan dan ramai yang baca. Korang pun tau, kan.

LIHAT JUGA:  (Video) Kontroversi Sharifah Zohra Jabeen - Listen Listen
arlene tan gaysec maaf makcik hajjah sitt al wuzara
MLM Dosa Fitnah


Dan kes Arlene Tan ni salah satu contohnya. AKu tak sewenang-wenangnya percaya. Pada mulanya, aku siasat juga siapa Arlene Tan ni dan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni. Tapi aku dapat banyak carian tentang Hajjah Sitt Al-Wuzara je. Korang korek ar entry lama aku tu. Ada je info pasal MHSAW tu.

Akhir kata, korang yang turut sama menyebarkan dan dan menuduh serta mencaci Arlene Tan harap minta maaf ar. Takpun padam je entry tuduhan dan kecaman korang tu. Kalau tak, lagi banyak dosa korang bila ramai yang baca. Peace!

P/s: Biar pedas tapi meninggalkan pengajaran untuk korang. Umpama melarang anak kecil yang demam dari makan ais krim. (^_^)

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Tahniah kepada yang memberikan komen pertama dalam entry sebelum ni. Keep on stalking, buddy!

ishh..siti saleha ke lisa surihani?? payah-payah nak pilih hehhhe…
~ arek

(Visited 13 times, 1 visits today)

Comments

  1. zik says:

    bila melibatkan entri2 macam nih , takut nak bagitahu.. sebabanya kita tak tahu asal -usul pangkal cerita..so senyap jerla…

  2. saye says:

    teknologi yang semakin maju haruslah diguna sebaik-baiknya…gunalah untuk kebaikan jangan guna untuk sebar fitnah merata…

  3. Kancilbiru says:

    tula….blogger pun kena kaji dan siasat dengan mendalam tentang sesuatu isu tu, kalau tak confident dan tak sahih, baik jangan publishkan. tapi kebanyakkannya nak cari traffik jer…

  4. sweet says:

    kdg2 mnyampah dgn status blogger. mcm org kebulur sgt. pntg ada isu wlupon belum sahih laju je update. semua nk jd no.1 dan terpantas. tp harammm…

  5. Kalamhati says:

    hmm kena lebih hati2..fikir dulu before sebar apa2 kan

  6. alex adriana says:

    aku pun rasa bersalah sebab ada satu kali retweet entry sitt wuzara ni adalah arlene tan.

    then lepas tgk kat wall FB gaysec ada kawan kpd Arlene Tan argue pasal ni, terus aku tak tweet or share mana2 link pasal ni. saham wei. saham fitnah! tak memasal aku yg tak buat entry berkaitan pun berdosa. wuwuwu!

    mmg MLM dosa fitnah. tobat mak!

  7. mak says:

    setuju dgn kancil biru..klu x sahih, x de kepandaian untuk mencari kesahihan 1-1 berita tu ( mcm mak ni hah cnthnya yg lembab dlm segala hal..) better x pyh sebar dan buat n3 berita tu. Klu kita buat jgk utk mencari trafik semata2, maka kita juga ada ‘share’ la dlm menyebarkan sesuatu yg x btl..

  8. Amirul says:

    kena berwaspada la nanti

  9. ni lah bahayanya.. kalau main tuduh tanpa bukti yang kukuh.. bahaya betul..

  10. Pakcik says:

    Makcik Shit ni rasanya dah kantoii.. tu yang mati-mati back-up. Cara yang digunakan adalah reverse pshycology.
    Hanya ada 2 teori saja : 1) AT adalah Makcik Shit atau 2) Makcik Shit kenal /ada hubungan dgn AT.
    Kalau polis betul2 siasat, mesti confirm dapat tahu siapa.. Tolong sapa-sapa pergi buat repot dibalai supaya polis boleh mulakan siasatan. Polis hanya boleh siasat jika ada laporan.


LIKE KAMI DI FACEBOOK