Aug 122011
 

Raya pun dah nak tiba. Eh lagi 2 minggu lebih kan. Hah amacam? Berapa pasang baju raya korang beli? Yang kaum hawa, for sure dah sibuk beli bahan nak buat kuih. Kalau yang berduit lebih tu, tak payah beli bahan, sedia jari je buat tunjuk kat kedai kuih tu nanti.

 

So, kat umah aku memang tradisi buat beberapa jenis kuih bila menjelang raya. Rendang dan ketupat for sure la kena buat. Apa yang penting kerjasama dalam pembuatan rendang adalah santan. Tanpa santan, siapalah rendang.

 

Nak dijadikan cerita, mak aku punya mesin parut kelapa dah rosak. Nak buat santan pun susah. Mesin lama tu bila ON je keluar asap. So kitorang adik beradik kongsi duit beli mesin parut kelapa yang baru untuk mak semalam. Tak mahal pun harganya dalam RM125 je sekarang ni. huhu…

 

Ni la mesin kukur nyiur. Dulu semua bahagian tu besi. Sekarang dah jadi plastik lak badannya…

LIHAT JUGA:  HP Deskjet 2050 Printer (Print, Scan, Copy) | Beli Printer Baru...

 

Jadi, takde lah buang duit gi beli santan kotak kat kedai runcit tu. Takpun beli kelapa parut kat pasar. Mahal kot. Baik gi kutip kelapa kat sekeliling umah kitorang, kupas pastu parut sendiri. Lagi jimat.

 

Hah, musim raya ni siapa yang takde bekalan santan meh ar beli kat umah aku. Kitorang memang ada business jual kelapa (kelapa yang dah dikupas). Pokok kelapa pun banyak! So tak terasa sangat kalau raya nanti terputus bekalan kelapa/santan. hihihi

(Visited 311 times, 3 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK