Aug 282011
 

Semasa saya kemas-kemas tingkat atas umah saya tadi, terjumpalah satu poster ni yang bertajuk

 

“Berwaspadalah 15 AZAB Bagi Orang Yang Meninggalkan Sembahyang”.

 

Saya ingat nak buang je sebab dah koyak kena gigit dengan tikus dan anai-anai. Tapi saya rasa sayang kalau buang ilmu camtu je. Baik saya simpan baik-baik dalam blog ni untuk ingatan kita bersama. Mungkin boleh gerakkan hati orang yang ada tinggalkan sembahyang tu untuk lebih taat pada perintahNya.

 

6 Azab Di Dunia

  1. Dihilangkan keberkatan umurnya
  2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari mukanya
  3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
  4. Doanya tidak dimakhbulkan oleh Allah SWT
  5. Tiada doa daripada para Solihin untuknya
  6. Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN

3 Azab Ketika Hampir Mati

  1. Kematiannya penuh kebinasaan
  2. Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat
  3. Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat

3 Azab Di Dalam Kubur

  1. Kubur menghimpitnya hingga berselisih tulang rusuknya
  2. Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di atas bara api itu
  3. Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana guruh, ia berkata “Hai manusia! Sesungguhnya aku diperintahkan untuk menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan solat fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan solat fardhu Asar”. Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan hingga hari kiamat.
LIHAT JUGA:  (Surat) Ayah, Ibu! Saya Nak Kahwin Semasa Belajar!

 

3 Azab Ketika Bertemu Allah SWT.

  1. Datanglah malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbatnya ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke neraka Saqar
  2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya
  3. Baginya azab yang amat pedih

 

Nauzubillah. Saya yang menulis ni pun terketar-ketar tangan ni menaip membayangkan bagaimana seksaan yang amat pedih tu. Di harap entry ni dapat jadi pedoman agar kita tidak leka mengejar hal duniawi dan sentiasalah bersedia menghadapi hari akhirat yang bakal tiba. Mungkin esok. Mungkin lusa. Mungkin minggu depan. Kita tak tahu. Hanya Allah saja yang maha mengetahui. Wallahualam..

 

Kalau ada salah bahasa atau salah ayat tu harap dimaafkan. Segala yang baik tu datang dari Allah dan yang buruk tu datang dari saya, walaupun kedua-duanya itu datang dari Allah SWT. Wassalam

(Visited 72 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK