Jul 012011
 

KFC dah bagi respon. Kes ditutup. Sila baca entry Kes Ayam KFC Calit Tapak Kasut Adalah Isu Lama. Pekerja Dah Lama Kena Pecat. Peng-upload Video Akan Di Siasat!

Mesti ramai yang dah tengok video pasal ayam KFC yang dicalit pada tapak kasut sebelum di goreng. OMG! Aku tak tahu ar ni kat restoran mana, aku tak tahu pelakon tu spesies tak berpelajaran dari daerah mana, tapi aku harap sangat bukan area yang selalu aku makanlah. Jom tengok video ni dulu. Then baru aku nak bebel skit…



Melihat dari kualiti video rasanya dirakam guna kamera handphone 1.3 megapixel je. Handphone zaman dulu-dulu. Mungkin aku boleh katakan ini adalah video lama. Dan aku rasa pakaian rasmi pekerja KFC bukan lagi kaler merah tu..

Aku memang support KFC sebab KFC ni adalah dibawah syarikat Anak Johor. Dari anak melayu. Tapi bila jadi gini, aku rasa frust ar skit.

sticker kfc drive thru
Tengok ni. Sebagai tanda support KFC, aku usaha dapatkan sticker KFC tempek kat kereta baru-baru ni.


What the hell happen to the rubbish worker? Dah kena fired? atau masih mencalit di tapak kasut lagi?? Aku harap all the manager di setiap restoran KFC boleh pasang kamera kat bilik belakang. Aku tau segala tempat memasak dah dibuat kat belakang kaunter order supaya orang boleh nampak proses memasak. But how was the process sebelum bahan tu di masak???

erkk… dan persoalannya adakah KFC mengikut apa yang diorang gelarkan sebagai CHAMPS??

The main attributes for KFC restaurant excellence are CHAMPS.
C – Cleanliness
H – Hospitality
A – Accuracy
M – Maintenance
P – Product Quality
S – Speed of Service

[ Source via KFC Quality Assurance ]

So harap pihak KFC dapat bagi ulasan. Dan kalau ini adalah video lama, harap benda ni tak diuar-uarkan lagi. Dan aku bolehlah terus makan KFC lagi sampai ke anak cucu cicit aku. Hehehe…

LIHAT JUGA:  Burger KFC Zinger Double Down Terbaru!!
kfc so good ayam calit tapak kasut
KFC So Good… ke?
(Visited 47 times, 1 visits today)

Comments

  1. aim says:

    Pekerja kedai buat hal memang banyak terjadi pun..yer lah ..kadang-kadang supervisor dok depan buat kerja dia…. saper yang tak pernah kerja susah or kerja2 macm ni tak kan faham.. memanglah dia punya company dah suruh pekerja dia buat elok2..tapi yang betul2 jadi masalah adalah budak tu sendiri.. otak letak kat lutut. jenis yang bekerja tak iklas atau tak pandai bak bersyukur.cuba kalau benda tu jadi kat mak bapak dia yang makan..atau adik beradik dia yang makan.. tu ok lagi..kalau ada yang ludah bagi dia makan..ada dia tau.. pergi kedai mamak pun mamak boleh buatlah kalau semua orang berperangai macam dia.. … kalau dah dasar pengotor tu memang macam tu..nasib baik lah bukan keturunan pengotor.. kalau sah dia keturunan pengotor aku tak tau nak cakap aper… arigato arimas

  2. azizan4444 says:

    kfc ke mapley tuh?hahaa

  3. hehe dan tak silap aku aku ada nampak nama bro kat kfc snax, ko ada daftar ke?

    1. FITRIHADI says:

      A’ah memang aku daftar KFC Snax tu. Bro pun daftar gak ke??

      1. yup, sebab aku selalu mkn kfc rugila tak swipe card, hehe..

  4. Amry says:

    aku……
    rasa……
    macam…….
    nak…….
    lempang mamat tu……
    Boleh??
    Gabuk betoi!!!
    Bodoh benda makanan dia buat macam tu. Bingai.
    beragak ler nak melawak pon

    1. FITRIHADI says:

      Boleh.. gi ar lempang budak tu.. teruk giler.. dah la memalukan nama KFC… abis KFC yang kna hentam..

  5. denggg~ nih yang rasa nk boikot nihh~ kena pasang cctv la owner dia nii..

    1. FITRIHADI says:

      ni kes lama.. kfc dah ambik tindakan pun.. boleh baca update terbaru berkenaan kes ni :)

  6. Ali ridha says:

    memang betul warna merah pakaian pekerja kfc.apa aku nak kisah.makan ayam goreng kat rumah
    ladi sedap.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah better makan ayam goreng kat umah je lagi yakin bersih dan selamat :)

  7. meo says:

    handphone 2.0 megapixel kot nie…

    1. FITRIHADI says:

      2.0 jelas gak.. ini 1.3 kot.. tak pun 0.3.. apa pun kes ni memang kes lama.. baca ar update terbaru kat link atas tu.. :)

  8. hana ahmad says:

    eeeeeuuuwww….prnh gak kwn cte. ade pekerja yg bengang dgn customer dorg pijak2 dulu ayam tu b4 digoreng. huhuhu

    1. FITRIHADI says:

      ouh ye ke?? tu dulu kot.. sekarang KFC dah control pekerja dia guna CCTV

  9. zik says:

    erm kat mana agaknya??? macam2 kekantoian telah berlaku…

    1. FITRIHADI says:

      Dengar kata kat penang.. ntah la..

  10. Amirez says:

    ceh..kurang ajar betul pekerja tu. apa motif dia buat camtu?

    1. FITRIHADI says:

      ntah.. saja nak burukkan nama KFC kot.. kalau nak tau perkembangan kes ni boleh baca update terbaru tu.

  11. Piston Pecah says:

    tu kes pekerja gila kot…
    harap2 dh kene buang keje.

    1. FITRIHADI says:

      Memang dah kena buang pun.. ni kes lama.. budak tu upload video ni kat youtube sebab nak malukan KFC.. bangang punya budak!

  12. Esempoi says:

    biar betul ni

    1. FITRIHADI says:

      memang betul ni. tak tipu punya..

  13. Hans says:

    pekerja tu tak amanah betul
    rezeki dari gaji dia dapat tak berkat weih buat macam tu
    haih
    manusia apa la macam nih
    aku plak cuak tgok
    moga2 aku dapat ayam yg bersih2 sebelum nih
    amin

    1. FITRIHADI says:

      memang tak berkat pun.. ni kes lama.. kfc dah buang dia.. padan muka.. haha!

  14. yaya says:

    demmmmmmm….
    ni bkn slh kfc but worker tu…
    tgk2 aym yg dia calit tu, dy yg bwk blk umah kot..
    mmg xkn lma la org cm gini

    1. FITRIHADI says:

      a’ah kfc tak salah pun.. budak tu yang punca kuasa dua nya.. adehhh…

  15. akubiomed says:

    Ibu saya pernah tegur pekerja KFC yang menolak stok ayam dengan kaki bukan mengalihkannya dengan mengangkat kedalam premis.

    Harap isu ini tidak berpanjangan dan memalukan adalah bangsa sendiri yang tidak amanah :-(

    1. FITRIHADI says:

      ouh ye ke?? erm harap2 budak tu dapat balasannya..

  16. […] Pekerja Dah Lama Kena Pecat. Peng-upload Video Akan Di Siasat! Jadi, berbalik kepada entry (Video) Ayam KFC Dicalit Tapak Kasut Sebelum Digoreng? Arghhh… KFC Tolong Jawab!. KFC telah membuat kenyataan di Fan Page KFC iaitu; Dear fans, following our earlier update, KFC […]

  17. LUNA LANUN says:

    aittttt… video ni pun kena remove dr blog ni… ni pun blh dikatakan sebagai tindakan menyebarkan video ni…

    1. FITRIHADI says:

      yang sebarkan video takde pe. Yang akan di ambil tindakan adalah peng-upload video tu kat youtube pasal ungkit benda lama. Saya yang ajukan benda ni kat KFC takkan diorang nak ambik tindakan kat saya kot..

  18. […] tak kenal dunia, tak kenal agama. Aku pun dah malas nak ulas isu ni lepas dah panjang membebel kat entry pertama dan entry kedua pasal budak-budak bodoh tu yang sanggup cemarkan nama baik KFC. Korang nilai ar […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK