Jul 262011
 

Jadi, bermula malam isnin semalam jam 9 malam, dah bermula drama Supermak yang mengisi slot Aksi di TV3. Dan aku tengok Nasha Aziz ni memang sesuai jadi Superheroin pertama Malaysia a.k.a. Supermak! Nak tau kenapa?

1. Alaa kalau jadi superhero mestilah kena segak-segak belaka.
Jadi, siapa lagi yang terbaik kalau bukan model yang cun melecun macam Nasha Aziz tu. Sebabnya, kalau kalah masa berlawan, still orang boleh terima kekalahan dia. Cuba kalau superheroin tu muka macam gorila dalam zoo tu, kalau kalah mesti korang kutuk habis-habisan macam kalah bola. Kan kan kan? Ngaku je la weh :p hehe…

nasha aziz supermak jatuh
Woiii kau nak kena kahak ke???


2. Superheroin mesti seorang yang slim dan sihat walepatliat.
Memang sesuai sangatlah Nasha Aziz tu jadi superheroin Malaysia ni sebab Nasha Aziz tu kurus dan masih bertenaga walaupun usia dah menginjak ke umur 40. *Opss sorry kak dah kantoi hehehe.*

Cuba korang bayangkan superheroin kesayangan korang tu besau gedabak macam gorila dalam zoo tu. Memang confirm korang akan termuntah tiap-tiap kali hari Isnin tepat jam 9 malam.

nasha aziz supermak
Perghh termuntah beb!!!


3. Superheroin mesti sanggup pakai pakaian yang ketat dan smart
supaya di sebalik identiti sebenar yang disembunyikannya tu, dia still boleh dikenali dan menonjol dengan pakaiannya tu. Takkan superheroin nak pakai baju kelawar kot. Dengan pakai bedak sejuk kat muka dah macam pontianak je. Tu bukan superhero dah, tu superhampeh!

nasha aziz supermak
Ni ke baju kelawar?? Hehehe…


4. Nak jadi superheroin ni kena pandai jadi talam dua muka.
Macam superman ar. Jap pakai spek dengan muka jambu toya je. Tup-tup dah bertukar jadi mamat cool, gagah perkasa dan dengan machonya menyelamatkan gadis idaman dia tiap-tiap minggu. *Balik-balik muka tu juga yang diselamatkannya. Dah takde perempuan lain ke nak selamatkan?*

Jadi, dengan pelbagai anugerah yang Nasha Aziz dapat dalam dunia seni ni, memang takde masalah ar dia nak bertalam dua muka jadi orang biasa dan jadi supermak yang power habis. Bila depan suami lemah lembut gila. Nak buka penutup botol pun tak larat. Kalau kat luar, perghhh habis satu alam dia putar! heehee…

nasha aziz comel supermak
Alololo Cunnya.. Comelnya.. macam kucing. Hihi…


5. Disebabkan nak save budget, kenalah cari pelakon yang slim.
Lagi kecik lagi bagus sebab nak buat kostum superheroin tu bukan murah beb. Tambah-tambah kalau guna latex atau baju getah atau baju kulit yang tahan koyak untuk buat aksi bahaya. Baru ada confident, beb!

Kalau pilih bahan yang murah, mau tak terkoyak celah kangkang masa nak terajang penjahat. Uihh jatuh saham superheroin tu. *Dah macam adegan Pendekar Bujang Lapok je*. Dan untuk lebih menjimatkan lagi bajet, kenalah pilih superheroin yang berbadan kecik macam Nasha Aziz sebab takde ar nanti kena ambik banyak sangat saiz kain tu. Lagi ketat lagi jimat hehehe

supermak nasha aziz
Superhero paling save bajet. Alahai….


6. Superheroin mestilah terdiri dari pelakon yang disukai ramai.
Of course kena ambik pelakon yang kurang ada kontroversi walaupun seksi. Bayangkan kalau ambik Paris Hilton jadi Supermak. Memang nak kena parang dah dengan orang kampung sebab kisah hidup dia penuh kontroversi yang panas! Sekejap dadah lah, sekejap skandal lah, sekejap kena penjara lah, tak habis-habis.

So, better ambik jalan selamat yang mana guna pelakon yang muka innocent, jambu dan cun gitu. Siapa lagi? Nasha Aziz lerr…

paris hilton death died accident malaysia
Ni Paris Hilton ni. Mana parang wehh.. Kita serbu dia!!!
*Ceh korang bukan nak parang dia, nak sayang dia adalah :p


7. Disebabkan nama watak tu Supermak, kenalah ambik pelakon yang ada rupa mak.
Tapi bukan jenis mak dara yang mulut becok tu. Pantang ada jantan nak ngorat anak dia, membebel tak habis-habis. Tapi kalau yang mengorat tu ada pangkat Dato’, ada harta bertingkat-tingkat, office berlapis-lapis, duit bertimbun-timbun, bukan setakat boleh mengorat je, esok tu dia boleh pi masuk meminang datuk tu. Eh ni apa kes cerita pasal mak dara ni.

supermak nasha aziz
Erkk salah tangkap gambar lak…


A’ah sebab nak pelakon yang ada rupa mak kenalah ambik pelakon yang dah berusia sikit tapi still cun untuk jadi superheroin. Dan muka kena ar innocent sikit untuk mengorat hati penonton. Hehehe! Korang rasa ada calon lain ke yang lebih sesuai? Siapa? Rozita Che Wan? Errr… Sorry! Kakak aku jangan kacau ar. Kalo ambik dia jadi superheroin, nanti semua rebah sakit jantung. Woo bahaya tu! :p

8. Err.. nampaknya aku takleh nak reveal lebih-lebih kat sini
Karang Supermak mengamuk lak kalau dia tau aku dok heboh kat sini. Dah la dia punya telinga jenis tajam macam Nabil Raja Lawak. Kantoi ar plak identiti dan rahsia dia nanti kalau aku bagitau semuanya. So terpaksa chow dulu sebelum aku dikerjakan oleh Nasha Aziz.. Larikk!!!

nasha aziz supermak aksi drama
Supermak dah ngamuk dah wehhh!!!


9. Err, tak kisah ar. Nasha Aziz nak marah pun aku ok je.
Bukan selalu Nasha Aziz nak belasah aku. Nasha Aziz tu beb!! Lawa kot orang yang nak belasah aku!! Alaa perempuan cantik kalau marah pun kita sebagai lelaki rasa berbaloi je sebab perempuan kalau marah memang cute habis. Dan sebab ni lah Nasha Aziz tu sesuai jadi superheroin. Dia marah macam mana sekalipun atau mengamuk putar alam macam mana sekalipun, tetap cun, comel, hot dan anggun di kaca TV. Hahaha.. Jangan marah ye kak :)

supermak nasha aziz
Tengok, time marah tahap Incredible Hulk pun nampak cun lagi :p


10. Sebab yang ke sepuluh korang jawab ar sendiri.
Mesti korang pun ada sebab yang tersendiri. Kongsi-kongsilah di ruangan komen di bawah. Boleh sama-sama merasa buah akal fikiran memasing. Peace!!!

poster supermak nasha aziz
I love you supermak!! Supermak Rockingg!!!


Sorry kalau mengarut je lebih. Eden update sambil makan kerepek pisang cap kakak tembun ni. Tu yang banyak merepek tu. Hihihi…

_ _ _ _ _ _

Tahniah pada blogger yang memberikan komen yang pertama pada entry yang lepas ;

waduh2..cntik sgt video ini.. nurul plak bce mcm dlm tv je..hehe
~ Que

(Visited 202 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Sinopsis | Promo) Supermak lakonan Nasha Aziz

Comments

  1. hahaha mmg best reason2 yg ko beri, bro. gmbr xdpt disiarkan sbb termuntah tu mmg kreatif. hehe

  2. lucunya tgok gmbar2 tu….anyway,Nasha aziz mmg great actress!!

  3. Que says:

    amboi2 fit..baek pnye promote ek..thnx bro!! nasha ade rupe mak ke?? ke mak nyah..larikkkk :p

  4. cucutunteja says:

    memang dia comey sangat2….memang kena lah watak supermak dengan nasha aziz yg cun niey….especially part2 yg dia menggelabah2 tu……lama dah tak tgk nasha aziz berlakon, memang okla cerita ni…..

  5. INA says:

    bestlah cite supermak ni.

  6. syue syada says:

    memang best cte supermak !!! lama x tengok nasha aziz brlakon, comel je tengok … tak rugi tengok semalam hehe

  7. Piston Pecah says:

    superhero disebalik muka dia yang ayu?

    muka macam mak? ada kot ciri-ciri tu

  8. titan says:

    hehe..terbaiklah. pandai ko ngayat. haha..

  9. saye says:

    geram betol r…kenape tv3 buat cite ni masa bulan ramadhan…mcm mna nk tengok klau time tu orang tengah terawih…

  10. Ekal says:

    Supermak dah ada, lepas nie kita ambil aaron aziz pulak jadi superpak.
    Ok kan, Aaron aziz pun hensem jugak dan disukai ramai.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah aaron aziz sesuai ar jadi watak superhero hehe

  11. Ummar Farouk says:

    cite supermak cite ngarut, tak spesifik… kaciwanya wa tonton…


LIKE KAMI DI FACEBOOK