Jul 272011
 

Dah tau tempat untuk tengok anak bulan ? Jom sama-sama tengok anak bulan untuk tentukan puasa pada tarikh yang berikut! Marhaban ya Ramadhan! Jadi, tarikh melihat anak bulan ramadhan adalah pada;

Ahad, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah


Dan tempat-tempat yang boleh lihat anak bulan ramadhan untuk penentuan puasa adalah di;
~ Pontian Kecil (Johor);
~ Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka);
~ Teluk Kemang (Negeri Sembilan);
~ Bukit Melawati (Selangor);
~ Pulau Angsa (Selangor);
~ Bukit Jugra (Selangor),
~ Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor);
~ Pantai Pasir Panjang (Perak);
~ Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang);
~ Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah);
~ Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah);
~ Menara Alor Setar (Kedah).
~ Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu);
~ Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu);
~ Pulau Perhentian (Terengganu);
~ Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu),
~ Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan);
~ Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan);
~ Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
~ Tanjung Lubang, Miri (Sarawak);
~ Teluk Bandung, Kuching (Sarawak),
~ Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak);
~ Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah;
~ Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang);
~ Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang);
~ Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
~ Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan);
~ Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur);
~ Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan
~ Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
LIHAT JUGA:  (Video) Hakisan Di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu - 24 Disember

.

[ Tempat dan tarikh lihat anak bulan Ramadhan via Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia ]

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

Nampaknya cepat je masa ni berlalu. Tup-tup dah nak masuk bulan puasa pun. Bila tiba ramadhan, rajin-rajinlah bertarawikh ye. Banyak pahalanya tu. Kalau tak mula dari sekarang, tak dapat lah pahala yang melimpah-ruah sebagai bekalan di akhirat.

Alhamdulillah bulan Ramadhan dan puasa 30 hari tahun ni, aku dapat sambut di rumah sehinggalah hari raya, insyaAllah. Sebabnya aku bercuti sampai bulan 9 ni. Huhu (^_^)

Eh, korang tau apa makna marhaban ya Ramadhan tu? Maknanya Selamat Datang Ramadhan. Akhir kata dari saya selaku admin Fitrihadi.com, saya ingin mengucapkanā€¦

tempat tarikh lihat anak bulan ramadhan puasa
Buruk itu kacak! Haha!


_ _ _ _ _ _ _ _

Tahniah kepada yang memberikan komen pertama pada entry lepas;

Lorrrrrr..blogger ker??
~ Mak (ni bukan mak aku tau hehehe)

(Visited 36 times, 1 visits today)

Comments

  1. afiq aiman says:

    wah. sedar tak sedar dah nak berpuasa. selamat menunaikan ibadah puasa buat pemilik fitrihadi.com ye ;)

  2. elem says:

    sY Ta DPT smBuT awaL RmDHaN.. T__T

  3. abu idris says:

    arrayah.info – Lokasi Lihat Anak Bulan Bukan Rujuk Hanya di Malaysia Sahaja

  4. Dzafira says:

    Selamat berpuasa yek … ^^,


LIKE KAMI DI FACEBOOK