Jul 202011
 

Nampaknya drama berjudul ‘Supermak’ akan menggantikan drama Juvana pada setiap Isnin jam 9 malam. Dan watak Supermak ni akan dilakonkan oleh Nasha Aziz. Wowww!! Superheroin pertama Malaysia. Thumbs up!

gambar supermak nasha aziz


Antara pelakon lain dalam drama Supermak ni adalah Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Syawal AF dan Henzy Andalas. Dan berikut adalah sinopsis drama Supermak ni;

SUPERMAK mengisahkan tentang seorang ibu dan surirumah, Amy Salim yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy, Thani, yang berasal dari kepulauan Riau. Termasuk Thani, empat suku dari kepulauan tersebut telah dianugerahkan lima keistimewaan yang berlainan oleh seekor burung garuda yang bertukar menjadi seorang wanita setelah diselamatkan oleh Thani. Namun, setelah beberapa generasi, Bashar yang memiliki kuasa api kini muncul untuk merampas sesuatu dari simpanan Amy untuk merealisasikan niat jahatnya. Apakah yang akan terjadi seterusnya dan siapakah lagi yang akan tampil dengan keistimewaan dari mitos ini?

Dan inilah video promo yang hari-hari kita boleh tengok kat TV sebelum bermulanya siri drama Supermak ni.



Jadi, jangan lupa nganga depan TV bermula 25 Julai ni untuk menonton drama Supermak yang mengisi slot AKSI TV3 ni. Selamat menonton!

P/s: Dah lama tak nampak batang hidung kakak aku ni. Alih-alih nak jadi superheroin plak. Hihi…
(Visited 71 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Top 10) Kenapa Nasha Aziz Sesuai Jadi Supermak @ Superheroin?

Comments

  1. cimi says:

    superbibik ade x? =.=

  2. Famili Ceria says:

    macam best jer citer nie…tak sabaq rasanya nak tunggu Isnin minggu depan

    Jom terjah sini:
    TV3 ONLINE STREAMING

  3. sweet says:

    suka nasha aziz berlakon :) cant wait

  4. syu90 says:

    tjuk gempak…

  5. Miss S says:

    Nasha sesuai pegang watak superheroin :)

  6. syu90 says:

    nak post kat blog jgk leh?

    1. FITRIHADI says:

      boleh tapi bagi credit ar kalau bleh.. thanks :)

  7. Chipcoklat says:

    bi mesti ade komedi gak ni..mcm mr mama kut..

  8. nampak hot la nasha aziz dari belakang. hehe

  9. ohcikgu says:

    hoho..wajib tengok nih..

  10. Que says:

    supermummy,supermama,supermom las2 supermak gak dorg pilih

  11. HeeBum says:

    hee.. x sabar nak tunggu cite ni kuar jgk.. tu la kan.. da lame snyp.. alih2 dpt superpower.. die g menuntut agknye snyp… hehehe

  12. Jai says:

    Kena layan 1st episod nih.. Klau 1st episod menarik, tiap2 minggu aku layan…ha3

  13. akubiomed says:

    Dah lakon watak ibu bila pula Nasha Aziz ini hendak membina rumahtangga?


LIKE KAMI DI FACEBOOK