Jul 272011
 

Dahulunya Steelseries telah mengeluarkan headphone gaming yang diberi nama Siberia V1. Tapi yang aku nak review ni Siberia Version 2. A’ah, dah sampai version 2 pun. Versi kedua ni dipertingkatkan lagi dengan menjadikan ianya lebih berkualiti dan sound lebih sedap.

Perbezaan ketara yang anda dapat lihat adalah dia punya microphone. Versi V1 takde built-in mic (separated) tapi untuk versi V2 terdapat built-in mic untuk lebih keselesaan.

gaming headphone steelseries siberia v2
Steelseries Siberia V2. Ada 5 kaler sebenarnya; hitam, putih, merah oren dan biru.
Dan berikut adalah spesifikasi Steelseries Siberia V2 ni:

Headphones:
Frequency response: 18 – 28 000 Hz (lagi rendah frekuensi minimum, lagi jelas bunyi bass)
Impedance: 32 Ohm
SPL@1kHz, 1V rms: 112 dB
Cable length: 1m + 2m = 3m (9,84 ft)
Connector: 3.5mm

Microphone:
Frequency response: 50 – 16 000 Hz
Pick-up pattern: Uni-directional
Sensitivity: -38 dB
Connector 3.5mm

steelseries siberia v2 lowyat

Packing kotak yang lawa.

 

Apa yang bestnya Steelseries Siberia V2 ni?

Dengan rujukan dari versi 1, terdapat beberapa pembaharuan yang dibuat pada versi 2 kali ini iaitu:

siberia steelseries v2 malaysia
 

Kualiti Bunyi

For sure headphone ni mempunyai kualiti bunyi yang bukan calang-calang headphone boleh lawan kerana ianya diperbaharui dengan speaker/driver 50mm (V1 punya speaker 40mm je) yang lebih besar dan mempunyai sensitiviti yang lebih tinggi. Memang superb untuk bantu anda mendengar bunyi tapak kaki atau bisikan yang kadang-kadang kita tak dengar dalam game seperti Far Cry atau CS atau Splinter Cell atau lain-lain lagi.

Dan of course, bunyi bass untuk headphone ni pun memang terbaik. Dengar lagu pun macam dengar konsert sebab bunyi lebih real dan jelas.

Selain itu, anda takkan sedar bunyi bising di sekeliling sebab cup yang diperbuat dari kulit tu menyerap bunyi bising di sekeliling anda. Jadi, boleh berterusan fokus pada game atau lagu yang dipasang walaupun room-mate anda berdengkur kuat.

LIHAT JUGA:  Gadget Untuk Blogger Dan Student Universiti? Nokia E63 Semestinya!

ss
Dan microphone Siberia V2 ni pun dah dipertingkatkan berbanding version 1.

Of course lah sebab ianya built-in terus dalam fon kepala. Hanya perlu tarik untuk guna atau tolak ke dalam jika tak menggunakannya.

Nampak kemas sikit.

siberia v2 steelseries mic

Dan versi kedua ni, tangkapan suara adalah hanya pada pada satu arah je.

Jarak tangkapan suara pula dipendekkan supaya bunyi bising dari persekitaran tak join sekali masuk mic tu seperti versi pertama.

Butang kawalan on/off microphone dan adjust volume pun ada sekali disertakan pada kabel. Canggih!

Keselesaan

Yang paling menarik adalah berat keseluruhan headphone ini. Ianya memang ringan macam takde apa-apa atas kepala.

Dan untuk lebih keselesaan, dia punya cup cover tu diperbuat kulit.

Kedudukan speaker juga di’senget’kan supaya tak kena telinga yang mana akan menyebabkan rasa sakit jika dipakai terlalu lama. Nice!

Oleh sebab itu, speaker jadi lebih dekat dengan telinga dan bunyi bass yang perlahan macam bunyi tapak kaki dan bisikan dalam games tu memang jelas kedengaran.

Selain tu, penggunaan lapik kepala yang lebih nipis dari versi 1 membuatkan headphone Siberia V2 ni terasa lebih ringan dan selesa. Tu yang best pakai tu.

steelseries siberia v2
 

Harga

Harga yang dijual sekarang ini (2017) hanyalah dibawah RM300 berbanding pada awal pengeluarannya mencecah harga hampir RM400.
Jika berminat, boleh saja miliki Steelseries Siberia V2 ini melalui laman Lazada disini.

Pembelian anda memang berbaloi kerana ianya mempunyai ketahanan yang tinggi serta kualiti bunyi yang terbaik untuk permainan komputer serta mendengar lagu dan filem.
(Visited 86 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Ini kalau azan buka Puasa tentu tidak dengar nih :-)

  2. […] dapat dentuman bass yang sepatutnya korang dengar dari Speaker yang berkualiti seperti headphone Siberia V2 dari Steelseries yang aku pernah pakai […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK