Jul 272011
 

Korang perasan tak masa iklan Unifi Telekom Malaysia tu, ada sorang awek gaming yang bernama Summer a.k.a Ashley Khoo tu? Time tu korang perasan tak headphone apa dia pakai? Jom flashback balik!



Apa??? Tak puas tengok? Apa yang korang tak puas tengok? Tak puas tengok headphone tu ke atau tak puas tengok si Summer ni? Hehe, takpe takpe. Meh aku bagi lagi satu video Summer ni untuk korang layan. (^_^)



Amacam? Cun tak Summer headphone tu? Kalau korang nak tau, tu lah gaming headphone jenama Steelseries jenis Siberia V1. Tapi yang aku nak review ni Siberia Version 2. A’ah, dah sampai version 2 pun. Versi kedua ni dipertingkatkan lagi dengan menjadikan ia lebih berkualiti dan sound lebih sedap.

Perbezaan ketara yang korang dapat lihat adalah dia punya microphone. V1 punya takde built-in mic (separated) tapi V2 ada built-in mic untuk lebih keselesaan. Kalau masih tak dapat bayang, jom baca review aku. Dua hari aku karang ni. (-_-!)

Actually review ni based on my friend punya headphone lah. Dia kaki gaming. So, aku tumpang guna dan review dia punya headphone tu. Aku punya masih ada kat kedai lagi. *Maknanya tak beli lagi ar hehehe*

gaming headphone steelseries siberia v2
Steelseries Siberia V2. Ada 5 kaler sebenarnya; hitam, putih, merah oren dannnn biru my fav!!


Dan berikut adalah spesifikasi Steelseries Siberia V2 ni:

Headphones:
Frequency response: 18 – 28 000 Hz
Impedance: 32 Ohm
SPL@1kHz, 1V rms: 112 dB
Cable length: 1m + 2m = 3m (9,84 ft)
Connector: 3.5mm

Microphone:
Frequency response: 50 – 16 000 Hz
Pick-up pattern: Uni-directional
Sensitivity: -38 dB
Connector 3.5mm


Apa yang bestnya Steelseries Siberia V2 ni? Yang pertama kita baca sikit pembaharuan yang dibuat ke atas Siberia V2 ni.

siberia steelseries v2 malaysia


Kalau tak faham gak jom baca review dari aku. Kita tengok dulu dari segi;

Kualiti Bunyi

For sure headphone ni mempunyai kualiti bunyi yang bukan calang-calang headphone boleh lawan. Diperbaharui dengan 50mm driver atau speaker (V1 punya speaker 40mm je) dan mempunyai sensitiviti yang tinggi. Memang superb untuk bantu korang dengar bunyi tapak kaki atau bisikan yang kadang-kadang kita tak dengar dalam game seperti Far Cry atau CS atau Splinter Cell atau lain-lain lagi. Dan of course, bunyi bass untuk headphone ni pun memang terbaik ar. Rasa macam drum tu betul-betul ada kat sebelah telinga kita ni. Kalau dengar lagu Party Rock Anthem memang meletup kaw-kaw beb!!!

Dan kalau korang pakai headphone ni, korang takkan sedar bunyi bising di sekeliling korang sebab cup yang diperbuat dari kulit tu menyerap bunyi bising di sekeliling korang. Jadi, korang boleh ar fokus kat game atau lagu korang walaupun room-mate korang berdengkur kaw-kaw punya.

ss


Dan microphone Siberia V2 ni pun dah dipertingkatkan berbanding version 1. Of course lah sebab dia built-in. Dan versi kedua ni, tangkapan suara hanya boleh dihala pada satu arah je. Serta jarak tangkapan suara dipendekkan supaya bunyi bising dari persekitaran tak join sekali masuk mic tu macam version pertama. Butang kawalan on/off microphone dan adjust volume pun ada sekali. Perghh, canggih kot!



Keselesaan

Yang paling korang rasa teruja adalah dia punya berat. Memang ringan sungguh. Bila korang pakai pun tak rasa apa-apa je. Dan untuk lebih keselesaan, dia punya cup cover tu diperbuat kulit. Dan yang penting dia punya kedudukan cup tu senget sikit sebab ikut bentuk kepala kita. Bukan straight macam kebanyakan headphone yang lain. Jadi speaker lebih dekat dengan telinga dan bunyi yang perlahan macam buyni tapak kaki dan bisikan tu memang jelas kedengaran.

Penggunaan lapik kepala yang lebih nipis dari version 1 dan penggunaan spring (bukan span tebal macam headphone biasa) membuatkan headphone Siberia V2 ni terasa lebih ringan dan selesa. Tu yang best pakai tu. Tak tanggal pun takpe dari pagi sampai malam.

steelseries siberia v2


Dan lagi satu dia punya microphone tu boleh sorong papan atau tarik papan je dari cup speaker headphone tu. Jadi time dengar lagu je, boleh sorong papan mic tu masuk dalam cup speaker. Time main game WOW atau DOTA atau Far Cry atau CS atau Splinter Cell atau Angry Birds, boleh tarik keluar mic tu dan bergaminglah korang sampai lebam!

siberia v2 steelseries mic


Harga

Kalau tak silap aku, kawan aku beli dengan harga lebih kurang RM379. Lebih kurang camtu ar harganya. Nak dekat RM400 gak. Tapi yang peliknya, dalam Mudah.my ada plak yang jual dengan harga RM290 je. Maybe tu version 1 kot. Tapi harga yang korang bayar ni memang berbaloi sangat-sangat. Dengan sound yang perfect dan keselesaan maksimum memang berbaloi ar korang nak angkut menatang Siberia V2 ni.

steelseries siberia v2 lowyat


FYI, masa headphone ni keluar dalam bulan Disember 2009, memang ramai gamers dan DJ yang guna Steelseries Siberia V2 ni. Tapi start tahun ni aku tengok dah ramai DJ dan musicion yang guna headphone jenama Beatsbydre. Teringin gak aku tengok LMFAO yang nyanyi lagu Party Rock Anthem tu pakai. Dan DJ David Guetta pun pakai gak dalam video Who’s That Chick nyanyian Rihanna tu.

Tapi aku rasa headphone ni lagi power kot sebab gaming punya barang korang jangan main-main. Memang dicipta untuk maximum pleasure kot. Err pesanan aku kalau nak beli headphone Steelseries Siberia V2 ni (kat Lowyat ada jual), beli dua tau. Sebab satu tu untuk korang pakai… Dan lagi satu tu untuk hadiahkan kat aku hehehe. Gurau je :p

Review ini dibawakan khas untuk korang oleh Fitrihadi.com dan Steelseries.

steelseries logo


_ _ _ _ _ _ _ _ _

Tahniah kepada yang memberikan komen pertama untuk entry sebelum ini;

wah. sedar tak sedar dah nak berpuasa. selamat menunaikan ibadah puasa buat pemilik fitrihadi.com ye ;)
~ afiq aiman

(Visited 36 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Video) Gol Malaysia vs Indonesia 1 - 0 | Sukan Sea 2011

Comments

  1. akubiomed says:

    Ini kalau azan buka Puasa tentu tidak dengar nih :-)

  2. […] dapat dentuman bass yang sepatutnya korang dengar dari Speaker yang berkualiti seperti headphone Siberia V2 dari Steelseries yang aku pernah pakai […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK