Jul 302011
 

Preview & sinopsis filem Libas ni nampak menarik. Bila tonton video trailer Libas ni, macam ala-ala Ong Bak lak. Kita tunggu je tarikh tayangannya pada 29 September 2011 nanti dan kita terjah pawagam beramai-ramai!

poster filem libas rosyam nor malaysia gambar


Dan berikut adalah trailer filem Libas ni. Gempak tak? Gempak tak?



Kalau rasa gempak, jom baca sedikit sinopsis filem ni;

Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (Libas), sehingga dia di gelar sebagai raja libas malaysia. Kehebatan libasan raja libas sangat di geruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, Ak Nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia (Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat Ak Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan Ratna anaknya.

Kebimbangan raja libas memuncak bila Mr. Wilson seorang lelaki Inggeris sanggup menaja perlawan libas pada tahun ini, lebih awal dari selalunya. Masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya menjadi bla bla bla… mengantuk je baca ni weh!

Sinopsis pun saspen je. Macam baca novel lak! Tau siapa lagi yang berlakon. Antara pelakon-pelakon yang turut membintangi filem ni adalah;

~ Rosyam Nor
~ Scha Al-Yahya
~ Johan Raja Lawak
~ Adam Korrie
~ Zek Zamri
~ Yuswaisar

Walaupun menggunakan teknologi CGI tapi bagi aku, antara aksi dan teknologi CGI, memang seimbang je dalam filem ni membuatkan korang takde ar loya kalau disajikan dengan teknik CGI je memanjang. *Ini Rosyam Nor yang bagitau aku hari tu*. So korang jangan nak menilai membabi buta tanpa tonton terlebih dulu. Tunggu je 29 September nanti. Nak ajak aku pun boleh. Kita open wayang. hahaha…

P/s: Dah lama tak pegang bola takraw. Last dulu masa PLKN. Erkk…

P/p/s: Aku masih lagi berada di Alor Star sekarang. So komen pertama untuk entry lepas akan diupdate later. Dapat backlink free tu beb. Lagipun blog ni dah PR4. Tanak takpe. hihihi :p

(Visited 43 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Video) Bobo Pengaruh Tak Baik Kepada Pelajar Sekolah?

Comments

  1. lepas ni soh Rosyam Nor buat filem pasal liku2 team Harimau Malaya nk mng Suzuki Cup. huhu

  2. Twit N View says:

    mcm shaolin soccer pun ada aku tgk…hehe

  3. Miss S says:

    Scha Al-Yahya ke hok poster tu? Nampak lain jer…

    1. FITRIHADI says:

      a’ah memang scha pun.. entah. poster lama kot tu..

  4. saye says:

    fuyoo…nmpk ganas…

  5. akubiomed says:

    Dengar untuk aksi stunt filem ini Rosyam Nor tercedera

  6. nuriz says:

    aduh2 semua mantop2 nih


LIKE KAMI DI FACEBOOK