Jul 022011
 

 

Ni la pokok rambutan belakang rumah aku. Dah merah menyala buahnya. Actually rumah aku ni bukan ramai orang sangat. Dah la ada 4 ketul pokok rambutan kat belakang rumah tu. Kengkadang buah rambutan kat pokok tu terbiar camtu je takde sapa nak makan. Encik tupai pun ntah dah menghilang ke mana. Mati kena tembak kot.

 

Kalau korang nak merasa buah rambutan, meh ar umah aku. Nak bawak balik satu plastik beg pun bleh. Kalau nak angkut satu pokok, errr kena ar hulur pulus tu sikit hahaha meh ar meh ar. Aku tak kedekut aih…

 

Siapa dok area Perlis dan Kedah tu kalau nak beli buah rambutan, calling-calling ar. Stok banyak ni weh… Sebelum musim rambutan habis, baik korang angkut cepat-cepat!

 

Yang jarang makan rambutan,

– Fit –

(Visited 87 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Maaf. Saya Masih Letih + Mau Pergi Perak Pulak + Surat Cinta Dari PM

LIKE KAMI DI FACEBOOK