Pengiklanan + Nuffnang RM756.81 + ChurpChurp RM188.24 = Duit belanja universiti
First of all, aku nak ucapkan thanks sangat-sangat kat korang yang rajin jenguk blog aku ni. Dan juga kepada yang rajin tegur-tegur aku dalam entry korang. Tanpa sokongan korang, takde lah aku nak dapat duit poket untuk kurangkan bebanan hidup aku ni.
FYI, aku ni tak ambik PTPTN untuk pengajian ijazah ni. So, kena banyak berjimat dan kena pandai-pandai cari duit untuk tampung sikit perbelanjaan hidup aku. Ayah pun dah takde. Jadi, akulah kena jadi ayah kepada diri sendiri.
Selama aku berinternet ni, aku bukan saja-saja buang masa habiskan duit nganga depan FaceBook atau twitter, Tapi yang sebenarnya aku cari sesuap nasi untuk hidup. Jadi, antara penaja hidup aku sekarang ni adalah;
Mak aku. Lawa tak mak aku. Macam Fatin Liyana tak? Hihihi…

Iklan di Fitrihadi.com. Banner 125×125 ni RM5 je sebulan.
Churpchurp! Ini je aku mampu dapat.
Kalau nak dapat banyak kena ada ramai supporter yang sudi nak klik.
Dan Nuffnang! Nampaknya baru beberapa hari lepas buffered earning tu tinggal satu. Tak tahu bila lagi nak diberi peluang iklan lepas ni. T_T
Jadi, hujung bulan ni aku akan cash-out duit Churpchurp dan Nuffnang tu jadi kosong balik. Dan by the end of August atau awal September, aku akan dapat cek diorang sebelum meneruskan medan perjuangan di UTeM, Melaka. Wuu bersemangatnya walaupun dalam hati malas gila nak gi belajar.
P/s: Bila mak aku dengar je aku ada simpanan almost 1K terus dia kata nak potong duit belanja.. Aiyaaaa.. lepas ni tamau share ar hal duit ni. Mengabehkan bogheh jo.. hehehe…




2 Comments