Jul 112011
 

Perhimpunan Bersih 2.0… Satu sejarah tercipta. Dan bagi aku, melalui kejadian ni, kita dapat nampak banyak taring sebenar seseorang atau suatu pihak yang selama ni kita tak nampak. Ntah la.. Sendiri fikir laa.. Adeh.. Dah tengok video sebenar keadaan di perhimpunan Bersih ni?



Dan berikut ada luahan hati seorang pembaca Fitrihadi.com tentang video sebenar perhimpunan Bersih 2.0 di atas ni. Ada sedikit kekecewaan di situ…

Kalau dah macam gini akibatnya takyah la buat demonstration..tak payah.. pegi duduk kat umah buat solat hajat biar ALLAH lindung negara ni, kite buat qiamullail, kuasa Allah kan lagi hebat, nape kite xnak caya? nape nak bersuara dengan orang yang takkan dengar cakap kita?

Kadang-kadang orang yang xjadi mangsa pun kena.. yang kita nak tak dapat, tapi dapat sakit, sengsara, sedih… orang atasan awal-awal dah kene arrest sebab tak payah terseksa lama-lama macam orang ramai.. tapi rakyat bersabung nyawa, nak tegakkan kebenaran.. ambulans memang tak dapat nak masuk.. highway macam hampeh! Dah la jem. Orang ramai kencing terberak dalam kete sendiri, andai la ada yang record ape yang terjadi dalam setiap kehidupan orang kat highway, atau setiap orang yang terlibat dlm kes ni..

Adeh. kite pun tak leh nak salahkan sesiapa.. memang dah ketentuan, perpecahan yang berlaku pada akhir zaman. Manusia yang bila dah takde iman, sanggup berbunuh ngan umat sendiri. Kalaulah takde perhimpunan ni, masing-masing agaknya sihat walafiat sekarang. Kaki yang patah, masih elok digunakan lagi.. Allahuakbar.. memang benar apa yang difirmankan mu Ya Tuhan..

P/s: Sungguh, aku tak suka ada huru-hara, fitnah dan terutama sekali maksiat di tempat sendiri. Hidup aku cuma sekali. Setiap saat takkan kembali. Sebab tu aku hargai setiap elemen dalam persekitaran aku ni. Peace, no hell!

LIHAT JUGA:  (Video Lawak) Mari Mencipta Muka Player Dalam FIFA 12
peace is always beautiful
(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

  1. sweet says:

    betul apa dia luah tu.. kite nk luah pkara yg sama pon takot kwn sdri kecik hati.. sampai gaduh2. yelah dia ada pngalaman berharga turut serta dalam phimpunan haram tu dia tau keadaan sbnr katanya.. kita ni yg darah daging kita polis, askar, kerah tenaga tinggal keluarga demi jg keamanan dan kita di rumah kerisauan seharian apa cte? lgsung x fikir..belajar sampai U tp otak lembu

  2. Dzafira says:

    Sedihnya tengok.. sebelum ni mmg malas langsung nak amek tahu pasal perhimpunan bersih ni.. Paper pun tak baca. Bila tengok video ni rasa macam bukan kat negara malaysia je.. Rupa2nya teruk sampai macam ni..

  3. gadis kl says:

    Ya..allah betapa sedih nya hati ku ini melihat bangsa negara ku sendiri berlaku ganas terhadap sesama mereka,tidak sanggup aku melihat kekejaman ini.Apakah itu tanggjawab kamu wahai orang yg berkuasa terutama POLIS yg sepattnya menjaga rakyat malaysia tetapi mereka yang melakukan kekejaman sesukahati..allah hu akbar..

  4. MDHAFiZ.NET says:

    Senyum….tak perlu kata apa-apa…. :)

  5. Orked Desa says:

    @MDHAFIZ.NET
    masih blh senyum??

    @Dzafira
    kene amik tau wpun x menyebelahi mana2 pihak…

    @sweet
    calling someone stupid is not gonna make u any smarter….

  6. hafizaiman95 @ fizs says:

    ramai orang termasuk blogger2 yang sokong benda ni.. tapi aku cukup x suka benda2 ni… mencemarkan imej negara

  7. zura says:

    emm ,adakah kite akan jd seorg manusia yg hanya tungguuuu jek ? kan kalau nak kan something kene usaha di iringi doa.. kalau kite nak bentras benda2 yg x elok, xkan nk tunggu org atas je.. as rakyat pe tggjwp kite?

    tu psl diorg wat geth ni, sebenor nye xde apa2 pun.. cume diorg2 yg ado agenda lain ni je saje beso2kan .. pehtu wat huru hara , kasi jem abis 1 kl /sel & seangkatan .. geram tui..

    tp cume kalau india ,keling , indon wat .. ado berani ker nk wat sekatan2 ni? wakakakak takut dgn byg2 sdiri je diorg ni

  8. Jabaruddeen Hasyim Al-Bujesi says:

    Persepsi peribadi tanpa asas yang kukuh dan sudah barang pasti kenyataan drpd pemikiran yg moderate ;-) Same halnya seperti di Palestin mereka hanya nampak penyelesaian hal itu sekadar;
    1. Doa
    2. Rundingan Damai
    3. Bantuan Kemanusiaan..
    Sedangkan penyelesaian yg mendasar dan tuntas adalah JIHAD yg wajib dilaksanakan oleh setiap tentera muslim khusus yang berada disekitar wilayah tersebut ammnya tentera muslim yg di tempat lainnya.

    Kerana ketiadaan KEPIMPINAN UMUM (KHILAFAH) yg membuatkan kita terpecah belah semakin terpecah sehingga sekarang..Semakin byk sempadan negara/negeri dilukiskan dlm peta dunia. Semakin byk laungan2 perjuangan bangsa dilancarkan. Semakin byk kekeliruan, kekufuran yg berlaku sesama kita krn kita.

    Kepimpinan kita, ummat kita, hanya sekadar ingin ber ‘DOA’ sahaja tanpa gerakkerja dalam meraih kesejahteraan & harmony dunia akhirat. Kita lebih selesa duduk bersantai di rumah, daripada berjuang ;-)

    Ini cumalah sebahagian daripada bukti-bukti untuk kita berfikir bersama, sejauh manakah kita masih lagi berharap dengan kapal demokasi yang sedang menunggu masa untuk tenggelam ini. Sampai bilakah kita sebagai umat Islam masih berharap untuk “membersihkan” pilihanraya dalam sistem yang sudah sememangnya kotor sejak azali lagi? Adakah kita sudah buta terhadap kesucian politik Islam yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada kita, di mana ia telah terbukti memberikan keamanan kepada dunia selama 13 abad lamanya? Marilah kita kembali kepada politik Islam yang sebenar, yang bukan sahaja menjamin keamanan kepada manusia, malah ia juga menjamin keamanan kepada seluruh alam. Wallahua’lam.

  9. Tak fahamlahh mereka nih.. Semua agenda politik mau memecah belahkan rakyat Malaysia khasnya orang Melayu. Studpid!!
    Tapi itulah betul juga katanya ketentuan manusia akhir zaman gini rupa.. Usahlah tuding jari pada sesiapa..

    PojiePooh; Hanya Satu…

  10. Que says:

    Tuntutan BERSIH 2.0 ada benarnya..

    Tapi agenda tersembunyi di sebalik perhimpunan itu jelas. ade pihak cuba pecahkan undi orang Melayu. Dan mereka tunggu masa untuk ambil kesempatan atas apa yang berlaku..Kerana Melayu hanya tinggal kuasa politik dan raja2..

    Sedarlah semua bahawa provokasi ini xkan berkesudahan. msg2 ada ego.. oh Melayuku…

  11. D GAMBLE says:

    Sabtu 9/07/11 yang lalu. Rusuhan yang telah menyusahkan banyak pihak terutama peniaga. Mari kita semak. Bangsa apa yang paling ramai mengikut rusuhan tersebut? Jawapannya? Tentulah melayu. Inilah melayu yang tak tahu berterima kasih kepada kerajaan dan tidak menghormati yang dipertuan agong dan yang paling menjijikkan, mereka adalah melayu yang berada di tapak kaki Datuk Ambiga… Yang telah mengikut telunjuk Datuk Ambiga yang merupakan pengerusi BERSIH. Ke mana hilangnya maruah mereka ini? Mengikut telunjuk seorang orang bukan melayu? Ke mana hilangnya kewarasan pikiran melayu-melayu ini? Tidak menghormati Yang di Pertuan Agong tapi menghormati Datuk Ambiga… Marilah kita renung-renungkannya bersama. Kembalilah kepada asas rukunegara kita.

    > Kepercayaan kepada Tuhan
    > Kesetiaan kepada raja dan negara
    > Keluhuran perlembagaan
    > Kedaulatan undang-undang
    > Kesopanan dan kesusilaan

    Mereka yang mengadakan demonstarasi ini, saya boleh katakan mereka tidak percaya kepada Tuhan. Kenapa saya katakan begitu? Sebab mereka tidak menerima Qada dan Qadar Allah akan apa yang telah ditentukannya. Mereka kalah dalam pilihanraya, itu adalah kerana dengan izin Allah dan jika mereka menang itu juga dengan keizinan Allah. Sepatutnya mereka tidak perlu berdemonstrasi kerana dengan sikap mereka itu, telah menyusahkan orang lain dan Allah s.w.t tidak suka akan hambanya yang suka menyusahkan orang lain. Jika mereka tak puashati dengan kerajaan yang ada, mereka perlu buktikan janji-janji mereka dulu di negeri-negeri yang mereka kuasai. Mereka perlu sedar, jika negara ini memang dengan izin Allah milik pembangkang, tetap milik pembangkang. Jika bukan milik pembangkang, itu adalah kerana dengan ketentuan Allah juga. Apabila mereka melakukan demonstrasi, adakah mereka ini percaya kepada Tuhan? Tidak… Kerana mereka tidak mahu bersyukur atas nikmat keamanan negara ini yang mereka kecapi bersama juga kerana kepintaran dan kebijaksanaan pemimpin yang ada.

    Mereka yang mengikuti demonstrasi ini juga adalah mereka yang tidak setia kepada raja dan negara. Ini kerana telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan juga Sultan Selangor supaya tidak mengadakan demonstasi ini, tapi diadakan juga. Jika kata-kata Seri paduka Baginda Yang Dipertuan agung dan juga Titah Sultan Selangor mereka tidak hormati, bagaimana dengan suara pemimpin yang lain? Jika mereka tidak menghormati Seri paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, bermakna mereka tidak menghormati negara ini dan mereka ini tidak setia kepada raja dan negara.

    Mereka yang mengikuti demonstrasi ini juga tidak menghormati perlembagaan negara yang ada. Mereka suka-suka buat apa saja yang mereka rasa mereka ingin lakukan. Mereka juga telah melanggar undang-undang negara kerana mereka tidak mahu mendengar kata-kata dan ingatan pihak Polis supaya tidak mengikuti demonstrasi tersebut. Mereka ini tidak mendaulatkan undang-undang apabila mengikut gerak hati mereka sendiri. Mereka yang terlibat di dalam perhimpunan bersih ini juga tidak mempunyai kesopanan dan kesusilaan apabila terjerit-jerit, meraung-raung menyatakan rasa ketidak puashatian kepada kerajaan. Berhimpit-himpit di dalam kesesakan antara lelaki dan wanita. Inilah Pembangkang. Yang cuba buat apa saja supaya rakyat membenci kerajaan yang ada sekarang ni dan supaya negara ini diperintah oleh mereka yang boleh dijadikan kuda tungangan pihak luar. sedarlah bahawa bangsa-bangsaku, tanah ini tanah air kita. Milik kita. Jangan kerana kesilapan kita, anak cucu kita menjadi mangsa kelak. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah…

  12. fadhilah says:

    kalau duduk kat rumah bace buku kan bagus.
    Tak pun berusaha cari reziki halal,bagi family makan kan bagus jugak.
    ^.^ gunalah akal bukan guna hati,nafsu dan amarah.
    Kumpul duit banyak2,beli rumah besar,hantar mak abah pergi haji.Lagi baik kalau terus jadi saudagar kaya kat mekah.Tinggal terus kat mekah.huhu kan best,kat mekah kalau buat onar terus cash kecinggggg cingggg! cinggg!

  13. editor zs says:

    moga en fitri seorang yang profesional. jangan masukkan atau beri pembaca memikirkan kaitan ulasan ini dengan politik. pihak berkuasa telah melakukan yang terbaik. jangan jadikan polis sebagai sasaran. sedih saya begini. polis hanya melaksanakan tugas. lagipun perhimpunan tersebut sedikit sebanyak telah menghakis ketuanan melayu di bumi sendiri. sejarah telah berulang adanya pengandu domba dalam negeri sendiri seperti en. anwar yang memburukkan negara di luar negara dan bangsa lain yang meraih keuntungan tersebut.

  14. Mr. Deen says:

    1. Police striked without any negotiation at first – sebab dah diberitahu supaya jgn buat kat dataran merdeka, tapi nak buat juga…

    2. Peaceful citizen cannot bear this and bla bla bla.. – peace means follow the order. Bukan melanggar arahan. Refer to point no. 1. Polis sepatutnya langgar mereka menggunakan lori merah besar tu sampai mati supaya baru betul digelar ‘Police Brutality’, tapi hukumnya berdosa besar.

    3. PM Said “Police have done a good job bla bla bla… – Sebab belum kecoh. Kenapa lepas tu kecoh? Refer to point no. 1

    4. Police shouted like gangster and frightened the citizens – back to point no.1. Hey they were not supposed to be called as CITIZEN. They’re the PROTESTER. Why the police shouted? Refer to point no. 1.

    5. Home minister said ” I was satisfied bla bla bla..” – nak wat camne, dah tugas. Kat rumah ada anak bini nak bagi makan. Kalau mati time bertugas pun nak wat camne… dah takdir..

    6. We can see how the police treat bla bla bla – refer to point no. 1

    7. When the people want to talk, police bla bla – refer to point no. 1

    malaslah nak ulas byk-byk… I’m not on any parties and I even not come out on any upcoming elections.. No matter what political parties are you, this is ‘THEIR’ playground.

    Kepada Allah aku berserah.

    p/s Dulu Rasulullah (pbuh) parti apa ye? Tiada parti dalam Islam. Islam adalah Islam. Politik dicetuskan oleh Adam Weishaupt, pengelola “The Declaration of Independent of the United States” dan juga pelopor Illuminati moden. Sumber? Carilah sendiri. Kdg-kdg ilmu yang dicari sendiri lebih difahami berbanding yang diajar kerana minat seseorang untuk mendalaminya. Ilmu Allah s.w.t lebih luas dari alam semesta.

    Thanks mr. Blogger for sharing this issue.


LIKE KAMI DI FACEBOOK