Jul 132011
 

Kelakar gak aku baca lawak ni. Aku rasa ramai yang dah baca. Dan mungkin ada yang belum baca.. So boleh kongsi bersama. hehehe..

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Selatan tanah air.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

LIHAT JUGA:  (Video) Pemain Bola Sepak Kena Penampar Jepun Tergolek!!!

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

cikgu guru sekolah mengamuk pening pelajar
Halamak! Cikgu dah pening ar…

P/s: Nama pendek aku, Fitri. Nama panjang aku, Fitri Kacak. hehehe :p

(Visited 50 times, 1 visits today)

Comments

  1. simanis says:

    Kahkahkahkahkah! Aku ketawa sampai nak lebam…akakkakaka…
    Fitri Kacak tu kena kasik panjang lagi nama nya…hehehe

    1. FITRIHADI says:

      tanak ar nama panjang-panjang.. nanti makin pening jadinya..

  2. lydzar says:

    hahah kelakar!!

  3. hahahahhahaha!!! serius lawak! :)

  4. cimi says:

    hahahha! melampau siot. macam nih punya panjang aku tak penah jumpa ag oke. :D

    1. FITRIHADI says:

      nama ko bukan panjang berjela-jela gak ke.. nak aku sebut sini?? hehehe

  5. hafizaiman95 @ fizs says:

    hahaha.. kreatif btol name diorg…

  6. akubiomed says:

    Macam-macam ada :-)


LIKE KAMI DI FACEBOOK