Jul 012011
 

Jadi, berbalik kepada entry (Video) Ayam KFC Dicalit Tapak Kasut Sebelum Digoreng? Arghhh… KFC Tolong Jawab!. KFC telah membuat kenyataan di Fan Page KFC iaitu;

ayam calit tapak kasut kfc selesai

“Dear fans, following our earlier update, KFC Malaysia deeply regrets and condemns this despicable act by irresponsible individuals. The incident in question was brought to our attention in October 2010, following which two police reports were made. The individuals involved in the incident are no longer employed by KFC.”


Dan untuk tindakan yang lebih serius, orang atau pemilik akaun youtube yang menguploadkan video tersebut akan di siasat dan akan diambil tindakan. Satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) atas penyiaran video tersebut di youtube walaupun itu isu lama. Jadi kepada mamat youtube yang saja nak buat kecoh balik, tunggulah nasib bro!

ayam calit tapak kasut kfc selesai

“Dear fans, we are currently investigating the recent broadcast of the video and have lodged a police report and another report to the Commissioner Multimedia & Communications. We are also working closely with the relevant authorities so that a swift & appropriate action is taken against anyone involved in violating our high operating standards. We thank you for your concern and your continuous support.”


Yang bersalah adalah budak tu. KFC tak ajar apa yang budak tak senonoh tu buat. Jadi aku pelik kenapa nak tuding jari salahkan KFC saja dan boikot habis-habisan? Kenapa tak cari je budak tu dan bagi dia jilat puas-puas tapak kasut korang? KFC tak bersalah. So berhentilah tuding jari kat KFC. Aku dengar dari salah sorang manager KFC ni yang budak dalam video tu upload video tu kat youtube untuk ugut dan burukkan nama KFC sebab dah pecat dia. So korang fikir-fikirlah mana yang baik dan mana yang buruk.

Aku percaya KFC ambik serius pasal kualiti dan kebersihan sebab diorang ada prinsip CHAMPS. Kalau nak tau apa tu CHAMPS sila ke entry video tu dekat link atas sekali dalam entry ni. Malas aku nak mengulang kat entry ni.

Dan terbaru, Manager Director KFC dah upload satu note di facebook berkenaan perjalanan kes ni dan tindakan yang diambil selepas kejadian tu. Harap boleh baca dan faham…

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.


Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd

[ Notes via FAN PAGE KFC MALAYSIA ]

Jadi kesimpulannya, aku boleh terus support dan makan KFC sampailah ke anak cucu cicit aku. Take note yang KFC Malaysia adalah di bawah syarikat Anak Johor. So Support-supportlah produk Malaysia ni!

LIHAT JUGA:  (Video) Saksi a.k.a Perakam Serangan Pekerja KFC Tampil Beri Keterangan!
kfc so good
KFC memang So Gooooooooooooooooooooooooooooooood!!!
(Visited 50 times, 1 visits today)

Comments

  1. […] (Video) Ayam KFC Dicalit Tapak Kasut Sebelum Digoreng? Arghhh… KFC Tolong Jawab! KFC dah bagi respon. Kes ditutup. Sila baca entry Kes Ayam KFC Calit Tapak Kasut Adalah Isu Lama. Pekerja Dah Lama Kena Pecat. Peng-upload Video Akan … […]

  2. syu90 says:

    ooh..
    bru tau psl kes nie..

    1. FITRIHADI says:

      actually ni kes lama tapi baru je heboh beberapa minggu lepas..

  3. walaupun isu lama tapi, branding KFC tercalar sikit la…
    dengan sikap pekrja yang macam tu

    1. FITRIHADI says:

      a’ah tu ar.. kesian KFC kena hentam..

  4. harap tak da lagi kes macam ni nanti

  5. MDHAFiZ.NET says:

    sedikit pun tidak menggugat aku utk makan KFC :)

    1. FITRIHADI says:

      bagus-bagus.. boleh belanja aku nanti hehehe

  6. zool says:

    Sebab tu bila nak upload atau kritik sesuatu kena hati2.. silap haribulan ke lokap tu..

    1. FITRIHADI says:

      a’ah betul tu.. sekarang ni SKMM tengah pantau blog2 kat malaysia ni kot2 ada yang menyalahi undang2..

  7. Rizman says:

    Apasal pulak org yg upload video tu Akan kena tindakan? Biar pun isu tabun lepas tapi rakyat Ada Utk tahu apa berlaku di restoran KFC tu. Ini lah dia demokrasi versi Malaysia.

    1. FITRIHADI says:

      Menurut salah seorang manager KFC, budak dalam video tu upload video ni untuk ugut dan burukkan nama KFC sebab pecat dia. sebab tu KFC nak ambik tindakan dekat dia. KFC tak ajar dia buat camtu. Kita takleh salahkan KFC. Yang bersalah adalah budak tu. Bukan KFC yang bersalah. Kerana nyamuk sekor, abis kelambu dibakar…

  8. teha says:

    yeke? kalau dah terbuat entry cmne?

    itZ me Tehanurfateha =)

    1. FITRIHADI says:

      yang sebarkan video tu takde pe. yang diorang nak siasat ialah orang yang upload video tu kat youtube…

  9. Video ayam KFC dicalit di tapak kasut. Sungguh kurang ajar! | firdee.com says:

    […] mencari2 tentang respon KFC pasal video ni terjumpa entri ini. Jadi KFC pon dah menjawab perihal isu ni di facebook rasmi KFC Malaysia. Apa yang pasti ramai yang […]

  10. mnc says:

    Saya nak bagi cdgn supaya setiap dapur kfc ke..mc’d ke..diletak kamera litar tertutup supaya kualiti makanan macam sampah tidak lagi berulang.

    Tq

    1. FITRIHADI says:

      FYI, actually diorang dah letak cctv lepas kejadian Oktober tu. dan dapur pun dah dibuat supaya pelanggan boleh nampak. ada update terbaru berkenaan perjalanan kes dan tindakan dari KFC lepas kejadian tu dari manager kfc dalam entry ni. Harap boleh baca..

  11. Azah says:

    dah lama x makan kfc… huhu.. x kisah sgt pun pasal video tu.. bukan sume pekerja mcm budak tu…

    1. FITRIHADI says:

      a’ah betul tu.. kerana susu setitip rosak susu selautan..

  12. ayu says:

    bdk tu da bosan kot tiap2 hari lumur aym dgn tepung..Tu yg lumur guna tapak kasut tu..

    1. FITRIHADI says:

      banyak la budak tu punya bosan.. nak kena penampau jepun kot agaknya baru ilang bosan budak tu..

  13. nojie says:

    sy kje kat kfc gak n dep cook gak…slame sy kje x pnh dgr yg cam nie…sbb kite pntingkan quality n cleanliness tiap dep…mang tade otak lah dak tuh…malunyeeeee…

    1. FITRIHADI says:

      a’ah kesal gak bila benda ni terjadi.. saya pun tak salahkan KFC.. budak tu yg bersalah.. apa pun KFC dah ambil langkah terbaik dalam menjaga kualitinya melalui CHAMPS.. kan..

  14. […] kenal agama. Aku pun dah malas nak ulas isu ni lepas dah panjang membebel kat entry pertama dan entry kedua pasal budak-budak bodoh tu yang sanggup cemarkan nama baik KFC. Korang nilai ar sendiri. Take note […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK