Jul 152011
 

Bulan puasa dah nak dekat. Rasanya ramai yang nak beli macam-macam barang untuk beli kuih raya, baju raya atau shawl ya’ll. Eh eh terhip-hop lak. So untuk mengurangkan beban korang, aku nak buat K pop quiz sikit. Hadiahnya RM10 akan di bank-in ke dalam akaun bank korang. Nak bagi melalui topap pun boleh pun boleh.

Tabung aku ni baru je snap semalam. Fresh dari pokok lagi. Dan jumlahnya pun dah kira. Yang tinggalnya, nak suruh korang teka je la berapa jumlahnya. Jadi camna caranya?

1. First buat satu entry bertajuk ‘Contest Teka Duit Dalam Tabung Fitrihadi.com‘. Lepas tu copy header blog ni dan tempek je kat entry tu. Dan jangan lupa letak link ke entry ni. Boleh kan? Entry tu tak kisah ar nak tulis apa pun. Tanak tulis apa-apa pun boleh pun boleh…

header fitrihadi
Copy header ni dan tempek dalam entry korang tu.


2. Lepas tu tengok betul-betul tabung ni dan korang teka ar berapa jumlah wang yang berada dalam tabung ni. Termasuklah berapa puluh sen yang ada. Contohnya RM00.40. Sebab jawapan dia memang ada beberapa puluh sen. Kalau korang tak letak berapa puluh sen memang korang dah rugi ar. errr apa?? Hint??? Erm jumlahnya tak sampai RM50 pun.. hehehe Selamat meneka!

contest teka duit dalam tabung fitrihadi.com
Siapa nak duit raya, meh ar umah aku. Ni dah ada bekalannya. Hehe…


3. Kalau dah confirm korang teka tu betul, apa lagi.. Tuliskan jawapannya di ruangan komen di bawah. Dan jangan lupa letak sekali PERMALINK ENTRY yang korang dah buat dalam step 1 tu. *Sorang boleh teka sekali je!!

4. Lepas tu korang gi ar tonton TV atau kalau sempat, boleh jugak berumahtangga sehinggalah ke tarikh 22 Julai 2011 (seminggu dari tarikh entry ni dipublish). InsyaAllah pada 23 Julai malam tu saya akan umumkan pemenangnya. Dan wang akan di bank-in pada hari ahad (Guna mesin cash deposit senang cita). Kalau topap tu tak perlu kot nak terang caranya kat sini. haha…

Kalau ada jawapan yang sama dan tepat maka saya akan pilih yang jawab paling cepat. Dan kalau takde jawapan yang tepat, saya akan pilih jawapan yang paling hampir tepat. Selamat meneka!

Ok? Jelas tak? Kalau ada apa-apa tak faham sila tanya. Dan baca dulu step tu betul-betul sebelum join ye. Thanks korang! :)
(Visited 13 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Pemenang Giveaway Purse Polo

Comments

  1. tengku nizam says:

    17.40sen, hahahhaha

  2. zik says:

    owh kena buat entri dululah ek…

    1. FITRIHADI says:

      a’ah buat entry dulu.. join ar kalau rajin :)

  3. zuriey says:

    bagus dia menabung,,saya teka rm50..hehe

  4. titan says:

    hoho..main teka-teka plakk.. ada kot rm30 lebih nih..


LIKE KAMI DI FACEBOOK